Canton Fair Bersejarah 70 Tahun, Tunjang Pelaksanaan Dasar Keterbukaan China

(CRI)Jumaat 16 Oktober 2026

Sebanyak 85.1 peratus responden percaya bahawa China yang terus menganjurkan Canton Fair menunjukkan tekad untuk meningkatkan tahap keterbukaan kepada dunia luar, yang dipercayai kondusif bagi memajukan globalisasi ekonomi yang inklusif, serta terus menyuntik kedinamikan bagi pembangunan dan kemakmuran dunia.

Demikian keputusan yang didapati dalam satu tinjauan pendapat umum yang dilakukan oleh China Global Televison Network (CGTN) di kalangan netizen global baru-baru ini.

Sementara itu, 84.1 peratus responden berpendapat bahawa Canton Fair sedang berubah dari platform perdagangan tradisional kepada platform perkhidmatan pameran yang pintar.

Selain itu, 85.6 peratus responden percaya bahawa "buatan pintar China" sedang menjadi sokongan penting bagi pembangunan ekonomi digital dan ekonomi pintar global.

Sebanyak 87.2 peratus responden menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa boleh memanfaatkan pasaran China berkongsi peluang di negara gergasi itu melalui Canton Fair.

Terdapat juga 77.2 peratus yang menyeru negara-negara lain untuk berganding bahu dengan China dalam memelihara sistem perdagangan multilateral, memastikan kestabilan dan kelancaran rantaian industri dan rantaian bekalan global terjamin, serta terus mengembangkan ruang kerjasama perdagangan dan ekonomi antarabangsa yang saling menguntungkan.

Tinjauan terbabit disiarkan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia, dengan 4,498 netizen di seberang laut turut memberi pandangan mereka dalam masa 24 jam.

Video

Berita Berkaitan