Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-100 Universiti Hunan

(CRI)Jumaat 16 Oktober 2026

Presiden China Xi Jinping berharap Universiti Hunan dapat terus menyemarakkan tradisi revolusi, meningkatkan kualiti dan tahap pengajaran, serta berusaha memupuk lebih ramai bakat yang boleh menerapkan ilmu pengetahuan untuk berbakti kepada masyarakat.

Beliau menzahirkan harapan tersebut menerusi surat tahniah kepada pensyarah, mahasiswa, kakitangan dan alumni Universiti Hunan sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan universiti berkenaan pada Jumaat.

Xi turut menyeru agar Universiti Hunan terus memberi sumbangan baharu kepada wawasan membina negara kuat dalam pendidikan dan mewujudkan modenisasi ala China.

Video

Berita Berkaitan