- Lain-lain
China Naik Taraf Sistem Yuan Digital

Seorang pelawat menunjukkan secawan kopi yang dibeli dengan yuan digital atau e-CNY, pada pameran sempena Sidang Kemuncak China Digital ke-6 di Fuzhou, provinsi Fujian, timur China, 26 April 2023. (Xinhua/Wei Peiquan)
China telah menaiktarafkan infrastruktur yuan digital bagi mengintegrasikan lebih banyak perkhidmatan pembayaran dan kewangan. Langkah terbaharu ini memperkenalkan sebuah sistem bank pusat yang lebih kemas, juga sebuah rangka kerja untuk perkhidmatan kontrak pintar dengan menyasarkan kos operasi lebih rendah serta penggunaan lebih meluas mata wang tersebut.
Pusat Pengurusan Operasi E-CNY, yang ditubuhkan oleh People's Bank of China (PBOC), mengumumkan dua perkembangan ini Rabu lalu, pada sesi selari Persidangan Tahunan Forum Financial Street 2026 di Beijing.
Menurut PBOC, penaiktarafan ini menyusuli peralihan yuan digital kepada satu rangka kerja operasi baharu pada 1 Januari 2026, yang mentransformasikannya daripada suatu alat bayaran digital serupa tunai kepada bentuk wang deposit digital.
Sistem baharu mengintegrasikan pengurusan terbitan, jualan dan bayaran borong, rantai blok dan perkhidmatan kontrak pintar. Ia direka untuk mengurangkan kos integrasi sistem dan pengurusan mudah tunai, di samping menyokong penggunaan baik yang melibatkan pembayaran sehari-hari mahupun pembiayaan perdagangan dan penjelasan kewangan, maklum seorang pegawai penyelidik mata wang digital PBOC.
Rangka kerja perkhidmatan kontrak pintar pula bertujuan menggalakkan perkongsian dan penggunaan semula khidmat dan sumber, selain membolehkan institusi kewangan menggabungkan perkhidmatan secara fleksibel untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Setakat hujung September tahun ini, jumlah kumulatif transaksi yuan digital telah mencecah 4.3 bilion, dengan nilai keseluruhan sekitar 31 trilion yuan, memetik data terkini.
Pada bulan September, bilangan transaksi mencatat 99.67 juta, dengan nilai 1.87 trilion yuan, masing-masing naik 12 peratus dan 123 peratus tahun ke tahun.
PBOC mula mengkaji mata wang digital pada 2014, dan melancarkan program rintis yang berkenaan pada akhir 2019. Sejak itu, yuan digital telah diuji dalam bidang-bidang termasuk bayaran runcit, perkhidmatan awam dan penjelasan rentas sempadan.
- 26 Badan Kewangan Sertai E-CNY Center International
- Penggunaan Rintis RMB Digital Dijalankan di Pelbagai Tempat di China
- Bank Pusat China Tegaskan Pendirian Dasar Kadar Pertukaran Renminbi
- Rizab Mata Wang Asing China Naik kepada USD3.4422 Trilion pada Mei
- Rizab Mata Wang Asing China pada Akhir Oktober Naik kepada USD3.34 Trilion
- Penggunaan RMB41.6 Trilion dalam Transaksi Rentas Sempadan China bagi Tempoh 8 Bulan
- Rizab Pertukaran Mata Wang Asing China USD3.3164 Trilion
- Rizab Pertukaran Mata Wang Asing China Catat USD3. 2 Trilion pada April
- Maldives Bakal Benarkan Guna Matawang RMB untuk Import
- Rizab Pertukaran Asing China Cecah USD3.2258 Trilion
- Pinjaman Renminbi Naik 4.92 Trilion pada Januari
- Yuan China Mata Wang Keempat Terbesar Pembayaran Antarabangsa




