China Beri Sumbangan Signifikan kepada Peralihan Tenaga Global: IRENA

(CRI)Rabu 28 Oktober 2026

China memberi sumbangan signifikan kepada peralihan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon global menerusi usaha mendorong kemajuan teknologi serta menurunkan kos peralatan tenaga bersih.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA), Francesco La Camera di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

"Sumbangan terbesar China terhadap peralihantenaga adalah menyediakan teknologi tenaga boleh diperbaharui yang berkos rendah kepada dunia," ujar beliau.

La Camera berkata China giat mendorong kemajuan teknologi melibatkan tenaga suria, tenaga angin dan bateri, sekali gus membantu mengurangkan kos produk berkenaan dengan ketara.

Statistik Pentadbiran Tenaga Negara (NEA) menunjukkan, kapasiti terpasang tenaga fotovoltan (PV) China telah mencapai 1.286 bilion kilowatt pada akhir bulan Julai, buat pertama kalinya melepasi kapasiti penjanaan berasaskan arang batu.

La Camera menyifatkan perkembangan itu sebagai kemajuan signifikan yang dilakar China dalam peralihan tenaga.

Beliau menambah bahawa kerjasama yang lebih erat dalam teknologi, pembiayaan dan infrastruktur akan membawa manfaat kepada lebih banyak negara melalui kos tenaga boleh baharu yang semakin menurun, sekali gus mempercepat pengurangan pelepasan karbon di peringkat global.

Video

Berita Berkaitan