China, Indonesia Lancar Latihan Bersama Antikeganasan

(CRI)Rabu 28 Oktober 2026

Latihan antikeganasan bersama melibatkan tentera darat China dan Indonesia 'Sharp Knife 2026' dilancarkan di Guangzhou, selatan China pada Selasa.

Sepanjang latihan berlangsung, kedua-dua pihak juga akan menganjurkan seminar tematik, pameran senjata dan peralatan, pertandingan sukan serta aktiviti pertukaran budaya.

Sebagai program pertukaran ketenteraan yang dirancang China dan Indonesia bagi tahun ini, latihan bersama itu bertujuan meningkatkan tahap latihan berorientasikan pertempuran sebenar serta memperkukuh pembangunan pasukan dan keupayaan tempur tentera kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan