- Lain-lain
Tapak Pengebumian Purba Guangxi Jelaskan Asal Usul Manusia Asia Timur

Foto menunjukkan lokasi kelompok tapak Paleolitik Jidao di kaunti Fusui, bandar Chongzuo, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Foto ihsan pusat media bersepadu kaunti Fusui)
Kelompok tapak Paleolitik Jidao di kaunti Fusui, bandar Chongzuo, wilayah Guangxi, selatan China, ialah kluster tapak pengebumian tertua yang pernah ditemui di Asia Timur dan Asia Tenggara, dianggarkan berusia sekitar 36,000 tahun. Penemuan ini menjadi bukti penting untuk memahami asal usul, pola migrasi dan juga struktur sosial manusia moden di Asia Timur.
Dikenal pasti semasa suatu tinjauan pada 2019, kelompok tapak tersebut kemudiannya digali oleh pasukan bersama penyelidik dari Institut Paleontologi Vertebrata dan Paleoantropologi, Akademi Sains China. Lebih daripada 1,200 fosil tulang dan gigi manusia telah digali keluar setakat ini, yang dipercayai datangnya daripada lebih 20 individu. Difahamkan, kelompok tapak ini telah membuahkan paling banyak fosil manusia berbanding mana-mana tapak lain di China, dan antara tapak Zaman Paleolitik Akhir yang terkaya di dunia dari segi penemuan fosil manusia.

Makam M02 kelompok tapak Paleolitik Jidao terpelihara dengan agak baik di kaunti Fusui, bandar Chongzuo, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (People's Daily Online/Shen Quanchi)

Ahli arkeologi bekerja di tapak penggalian kelompok tapak Paleolitik Jidao di kaunti Fusui, bandar Chongzuo, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (People's Daily Online/Shen Quanchi)

Foto menunjukkan fosil yang digali dari kelompok tapak Paleolitik Jidao di kaunti Fusui, bandar Chongzuo, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Foto ihsan Institut Paleontologi Vertebrata dan Paleoantropologi, Akademi Sains China)

Foto menunjukkan fosil yang digali dari kelompok tapak Paleolitik Jidao di kaunti Fusui, bandar Chongzuo, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Foto ihsan Institut Paleontologi Vertebrata dan Paleoantropologi, Akademi Sains China)
- China Dekatkan Tapak Arkeologi kepada Orang Awam
- Persidangan Arkeologi China ke-5 Buka Tirai di Shanxi
- Makam Dinasti Tang Berisi Khazanah Ditemui di Xi’an
- Ahli Arkeologi Jingdezhen Dedikasikan Lebih 40 Tahun Untuk Penyelidikan Seramik
- Makam Prasejarah Ditemui di Pulau Hainan
- ‘Diari’ Penduduk Purba Berusia 7,300 Tahun Ditemui di Tapak Zaman Batu Baru Provinsi Anhui
- Artifak "Manuskrip Sutera Zidanku" Dikembalikan kepada China dari AS
- Pelajar China Sedia Hidangan Nasi, Guna Resipi Purba Berusia 2,000 Tahun
- Sekilas Integrasi AI Di Dalam Arkeologi
- Naga Jed Terbesar dari Budaya Hongshan Ditemukan di Utara China




