- Lain-lain
Duta Indonesia: Kekuatan Terbesar China-Indonesia Terletak pada Rakyat
Kedutaan Besar Indonesia di China telah mengadakan satu majlis sambutan di Beijing pada 15 September, untuk meraikan ulang tahun ke-81 Hari Kemerdekaan Indonesia, dengan tema “Indonesia Berdaulat, Adil, dan Makmur”.
Duta Besar Indonesia, Djauhari Oratmangun dalam ucapannya menyatakan bahawa bagi Indonesia dan China, kekuatan terbesar terletak pada rakyat kedua-dua negara.
"Saya sentiasa percaya pada pertukaran dan komunikasi antara rakyat," ujar Djauhari, yang menyifatkan hubungan rakyat sebagai asas pembangunan hubungan dua hala. Landskap politik mungkin berubah, pembangunan ekonomi mungkin naik dan turun, "tetapi selagi rakyat saling mempercayai, kita akan sentiasa mencari jalan dan terus ke hadapan bahu-membahu."
Djauhari menyatakan bahawa sepanjang hampir 9 tahun bertugas di China, beliau pernah berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pekerja industri, pemimpin perusahaan, dan juga pelajar muda, dan mendengar kisah mereka. "Saya benar-benar percaya, persahabatan antara Indonesia dan China lahir daripada pengalaman bersama," ujarnya lagi, sambil menzahirkan keyakinan bahawa kedua-dua negara akan berganding bahu menuju ke masa depan yang lebih cemerlang.
- Latihan Bersama Antikeganasan China-Indonesia Masuk Fasa Latihan Praktikal
- China, Indonesia Lancar Latihan Bersama Antikeganasan
- China Sokong Indonesia Terjemahkan Kelebihan Sumber kepada Momentum Pembangunan: MFA
- Makin Ramai Pembaca Mandarin, Hubungan Buku China-Indonesia Kembang Maju
- Zhao Leji Bertemu Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat Indonesia
- Wang Yi Terima Kunjungan Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional Indonesia
- Macau, Indonesia Mahu Perkasa Kerjasama Praktikal Pelbagai Bidang
- Wang Yi Bertemu Ketua DEN Indonesia
- Prabowo Terima Kunjungan Menteri Luar, Menteri Pertahanan China
- Wang Yi akan Lawat Korea Selatan, Indonesia




