Ekspo Import China Tarik Lebih Banyak Syarikat Fortune Global 500, Pemimpin Industri

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 05 November 2026

Foto yang diambil pada 4 November 2026 ini menunjukkan pemandangan di Dewan 3 Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kesembilan di Shanghai, timur China. (Xinhua/Guo Lei)

Foto yang diambil pada 4 November 2026 ini menunjukkan pemandangan di Dewan 3 Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kesembilan di Shanghai, timur China. (Xinhua/Guo Lei)

Bilangan syarikat dan pemain industri berpengaruh dari luar negara yang menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-9 dijangka akan mencatat rekod baharu, sekali gus memperlihatkan daya tarikan berpanjangan pameran perdagangan bertemakan import yang terbesar di dunia ini.

Acara dijadualkan membuka tirai di Shanghai, timur China pada Khamis, dengan lebih daripada 300 syarikat Fortune Global 500 dan pemimpin industri dijangka hadir. Tambahan lagi, lebih 2,000 syarikat akan membuat pameran di sini untuk julung kalinya, maklum pihak penganjur.

Ekspo tahun ini dijangka menarik 4,142 pempamer dari 148 negara dan wilayah. Menurut Kementerian perdagangan, pada keseluruhannya, 162 negara, wilayah dan pertubuhan antarabangsa akan mengambil bahagian.

Tahun ini, lebih 480 pameran akan membuat debut di peringkat global, Asia atau China – satu lagi rekod bagi acara tersebut.

Video

Berita Berkaitan