Persiapan CIIE ke-9 Hampir Selesai

(CRI)Jumaat 16 Oktober 2026

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ke-9 dijadual berlangsung di Shanghai pada 5 hingga 10 November serentak dengan Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao.

Menurut Pejabat Penerangan Dewan Negara China dalam sidang media hari ini, persiapan bagi penganjuran ekspo tersebut sudah hampir selesai.

Sebanyak 162 negara, wilayah dan pertubuhan antarabangsa akan mengambil bahagian dalam CIIE kali ini dengan penyertaan 4,142 syarikat antarabangsa.

Keluasan keseluruhan ruang pameran pula buat julung kalinya melebihi 440,000 meter persegi.

Video

Berita Berkaitan