Pindaan Tiga Dokumen Keselamatan Papar Niat Jepun Percepat Penenteraan Semula: MFA

(CRI)Jumaat 06 November 2026

Tindakan Jepun menaikkan perbelanjaan ketenteraan secara mendadak serta membangunkan kekuatan ofensif jelas membuktikan niat negara itu untuk mempercepat penenteraan semula.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Guo Jiakun ketika menjawab soalan media mengenai rancangan kerajaan Jepun untuk meluluskan versi baharu tiga dokumen keselamatan pada Disember depan.

Guo berkata tindakan tersebut akan membawa ancaman kepada kedamaian dan kestabilan serantau, di samping mencabar orde antarabangsa pasca Perang Dunia II.

Dilaporkan, dokumen terbabit akan terus melabelkan China sebagai 'cabaran strategik terbesar', selain turut menggariskan rancangan untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dalam tempoh lima tahun akan datang sehingga hampir dua kali ganda daripada pelan sedia ada, dengan jumlah keseluruhan mencapai 70 trilion hingga 80 trilion yen.

Video

Berita Berkaitan