China Kawal Eksport ke Jepun bagi Kekang "Pemiliteran Semula" Negara itu - MFA

(CRI)Khamis 22 Oktober 2026

China melaksanakan kawalan eksport barangan ke Jepun berdasarkan peraturan dan undang-undang yang bertujuan menghalang usaha pemiliteran semula serta hasrat Tokyo untuk memiliki senjata nuklear.

Pendirian itu disuarakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Mao Ning dalam sidang media di Beijing pada Rabu.

Kenyataan Mao itu sebagai respons terhadap laporan mengenai kekurangan bekalan unsur nadir bumi itrium (yttrium) di Jepun yang dilaporkan hanya mampu bertahan beberapa bulan lagi, sekali gus mendorong Tokyo meminta bantuan Amerika Syarikat (AS) untuk memujuk China melonggarkan kawalan eksport berkaitan.

Jelas Mao, pendirian China dalam usaha menjamin kestabilan dan keselamatan rantaian bekalan global bagi mineral penting adalah tidak berubah.

Beliau berkata semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk memainkan peranan konstruktif dalam mengekalkan kestabilan dan keselamatan rantaian bekalan mineral kritikal global.

Video

Berita Berkaitan