China Ucap Takziah Pemergian Bekas Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda

(CRI)Selasa 27 Oktober 2026

China merakamkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda.

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Isnin menyifatkan Fukuda sebagai seorang sahabat lama kepada rakyat China yang telah memberikan sumbangan aktif serta signifikan dalam memacu usaha penambahbaikan dan perkembangan hubungan dua hala antara Beijing dan Tokyo.

Mengulas lanjut Guo berkata mendiang Fukuda sebelum ini pernah mengingatkan bahawa prinsip-prinsip yang termaktub di dalam empat dokumen politik Jepun-China wajib dipatuhi secara berterusan oleh kedua-dua pihak demi mengelakkan sebarang langkah kebelakang dalam hubungan diplomatik kedua-dua negara.

"Pendirian tersebut amat tegas dan jelas mencerminkan tahap integriti serta tanggungjawab tinggi yang dimiliki generasi negarawan terdahulu Jepun. Pemimpin semasa Jepun wajar melakukan refleksi diri dan meneliti perkara ini sedalam-dalamnya" ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan