Pameran Pertukaran Budaya Semarakkan CIIE Edisi Ke-9

(CRI)Isnin 09 November 2026

Pameran pertukaran budaya sempena penganjuran Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-9 yang berlangsung di Shanghai, menampilkan 60 reruai yang merangkumi keluasan lebih 40,000 meter persegi, menjadikan skala terbesar sepanjang sejarah penganjurannya.

Buat julung kali, program pertukaran budaya tahun ini memperkenalkan "Bengkel Warisan Budaya Tidak Ketara" serta zon pameran "Kraf Hebat Negara, Produk Bermutu CIIE".

Selain itu, dua jenama utama CIIE iaitu "Festival Seni" dan "Festival Gastronomi" turut diberi nafas baharu menerusi pelbagai pembaharuan bagi meningkatkan daya tarikan masing-masing.

Pada edisi kali ini, "Festival Seni" menampilkan aktiviti kebudayaan dan kesenian di kawasan pavilion dengan hampir 100 persembahan merangkumi tarian dan nyanyian etnik, persembahan opera, persembahan alat muzik serta pertunjukan fesyen yang dijadualkan berlangsung sepanjang penganjuran CIIE.

Selain itu, "Festival Gastronomi" pula mewujudkan kawasan menikmati makanan global seluas 1,500 meter persegi yang membolehkan pempamer dan pelawat menikmati cita rasa juadah istimewa dari seluruh dunia.

Video

Berita Berkaitan