China Sumbang Idea kepada Pembangunan Ruang Siber Global

(CRI)Jumaat 06 November 2026

Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Dunia (WIC) 2026 melabuhkan tirai di Wuzhen, provinsi Zhejiang pada Khamis.

Penganjuran persidangan itu yang memasuki tahun ke-13 berturut-turut dilihat telah menyuntik momentum kepada pembangunan dan tadbir urus internet global.

Semasa WIC edisi kedua pada 2015, Presiden China Xi Jinping mengemukakan visi untuk membina sebuah komuniti berkongsi nasib di ruang siber, yang menawarkan penyelesaian konkrit bagi menangani isu pembangunan serta tadbir urus internet.

Sepanjang 11 tahun lalu, visi berkenaan telah diterjemahkan kepada tindakan nyata, sekali gus menerajui hala tuju tadbir urus ruang siber di peringkat global.

Sidang Kemuncak Wuzhen kali ini bertemakan 'Sumber Terbuka dan Keterbukaan, Membangun Bersama dan Berkongsi Manfaat - Berganding Bahu Bina Komuniti Berkongsi Nasib di Ruang Siber', selaras dengan arus zaman serta aspirasi masyarakat antarabangsa.

Persidangan kali ini menghimpunkan lebih 1,800 tetamu dari lebih 130 negara dan wilayah untuk mengadakan dialog dalam pelbagai dimensi.

Sementara itu, ekspo 'Light of Internet' yang merupakan antara pengisian utama WIC berjaya menarik penyertaan 671 syarikat pempamer tempatan dan asing, dan turut dimeriahkan lagi dengan penampilan lebih 1,000 produk dan teknologi baharu.

Walau bagaimanapun, di sebalik limpahan pembangunan global yang dibawa oleh kemajuan teknologi, ia juga berisiko mewujudkan jurang ketidaksamaan dan perbezaan pembangunan.

Untuk rekod, ketika ini terdapat lebih dua bilion penduduk dunia yang masih belum mempunyai akses kepada kemudahan internet.

Sehubungan itu, pihak China menzahirkan komitmennya untuk melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) secara aktif.

China akan menyokong negara-negara Selatan Global dalam membina infrastruktur digital, melatih bakat dan meningkatkan keupayaan teknologi digital, agar kemajuan teknologi pintar dapat memberi lebih banyak manfaat kepada dunia.

Langkah ini dijangka akan membantu merapatkan lagi jurang digital dan pintar, selain memacu pembangunan global yang saksama dalam jangka panjang.

Video

Berita Berkaitan