- Lain-lain
Dunia Semakin Rasai "Peluang China 2.0" Melalui CIIE

Pameran Import Antarabangsa China (CIIE) ke-9 yang berlangsung di Shanghai, melabuh tirai pada Selasa (10 Nov) dengan menyaksikan sebanyak 143 syarikat dan institusi telah menandatangani perjanjian untuk menyertai CIIE edisi ke-10.
Perkembangan itu mencerminkan minat berterusan syarikat asing untuk merebut peluang dan manfaat yang ditawarkan pasaran China menerusi platform CIIE, khususnya melalui konsep "Peluang China 2.0" dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-15.
Sebagai pasaran pengguna dan pasaran import kedua terbesar di dunia, China menonjol sebagai satu-satunya negara membangun yang menganjurkan pameran import antarabangsa di peringkat negara, serta secara konsisten membuka pasaranya kepada dunia.
Selepas sembilan tahun penganjurannya, CIIE kini menjadi platform penting bagi China dalam membentuk corak pembangunan baharu, platform untuk menggalakkan keterbukaan bertaraf tinggi, serta menyediakan manfaat bersama kepada masyarakat antarabangsa.
Menurut Laporan Keterbukaan Dunia 2026 yang diterbitkan sempena CIIE kali ini, konsep "Peluang China 2.0" bukan sekadar merujuk kepada kelebihan pasaran domestiknya yang amat besar kepada dunia, malah turut menawarkan ruang baharu hasil peningkatan taraf industri, aplikasi inovasi dan pembangunan hijau.

Sementara itu, Indeks Inovasi Global 2026 yang diumumkan Pertubuhan Harta Intelek Dunia, baru-baru ini melaporkan bahawa China menempatkan 25 daripada 100 kelompok inovasi teratas dunia, sekali gus menjadikannya negara yang menduduki tempat pertama di peringkat global selama empat tahun berturut-turut.
Seiring dengan berakhirnya CIIE Ke-9, Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin-Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33 pula bakal berlangsung di Shenzhen.
Daripada CIIE yang berteraskan "Era Baharu, Berkongsi Masa Depan", kepada persidangan APEC yang memberi tumpuan kepada "Membina Komuniti Asia Pasifik, Mempromosikan Kemakmuran Bersama", memperlihatkan kesinambungan kerjasama terbuka sedang berlangsung, manakala kisah perkongsian “Peluang China 2.0” dengan dunia terus tercipta.
- Produk “Feel-good” Popular pada CIIE ke-9
- Durian Putih Malaysia diperkenalkan ke China dalam CIIE
- Pameran Pertukaran Budaya Semarakkan CIIE Edisi Ke-9
- CIIE: Kongsi Manfaat Bersama Dunia
- Naib PM China Seru Sinergi Wujud Perdagangan Seimbang
- Ekspo Import China Tarik Lebih Banyak Syarikat Fortune Global 500, Pemimpin Industri
- Kumpulan Pertama Produk Pameran Tiba di Lokasi CIIE
- Persiapan CIIE di Shanghai Hampir Siap
- Persiapan CIIE ke-9 Hampir Selesai
- CIIE Sediakan Ruang Pameran Percuma untuk Negara Paling Mundur




