Terbinanya Sebuah Warisan di Rumah Yang Selesa (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 31 Ogos 2023

Sekumpulan bangunan bersejarah terletak sebelah-menyebelah di laluan batu buntar, tanah ladang yang subur dan sungai yang jernih, sekali gus memberikan pemandangan nan indah di pekan purba Yunshuiyao, kaunti Nanjing, provinsi Fujian. (China Daily/Yang Yi)

Tulou yang terkenal di seluruh kawasan pergunungan provinsi itu kali pertama muncul pada abad ke-12, dibina oleh etnik Hakka yang namanya bermaksud "orang tetamu".

Mereka yang terlebih dahulu membina tulou kebanyakannya merupakan pendatang dari tanah bersebelahan dengan Sungai Kuning dan berpindah ke selatan China. Tekanan penduduk menimbulkan konflik antara orang Hakka dan jiran mereka, secara tidak langsung memaksa mereka membina rumah yang berfungsi sebagai kubu pertahanan.

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 150,000 binaan tulou di kaunti Nanjing, dan lebih daripada 23,000 di kawasan Yongding di bandar Longyan yang terletak kira-kira 50 minit jika menaiki kereta.

Video

Berita Berkaitan