Hari Warisan Dunia: 10 Tempat Arkeologi di China yang Wajib Dilawati (6)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 18 April 2024

6. Tapak Jinsha, provinsi Sichuan

Terletak di Chengdu, ibu kota provisi Sichuan, tapak Jinsha ialah pusat bandar Kerajaan Shu purba dan menampilkan keunikan budaya Shu berbanding semasa dinasti Shang dan Zhou (c. abad ke-16-256 SM). Tamadunnya, bersama-sama dengan tamadun Sanxingdui, adalah dua daripada kemuncak pembangunan dalam sejarah Shu purba.

Di tapak Jinsha, koleksi gading yang paling padat dan artifak emas serta jed yang paling banyak berbanding mana-mana tapak sejak zaman yang sama di seluruh dunia telah ditemukan. "Hiasan Emas Matahari dan Burung Abadi" yang paling terkenal, telah ditetapkan sebagai simbol warisan budaya Cina dan simbol imej bandar Chengdu.

Video

Berita Berkaitan