- Lain-lain
Dinamika China: Robot Buatan China Semakin Mendapat Tempat di Pasaran Jepun, Global (2)
Selain daripada robot servis, robot logistik buatan China turut menjadi perhatian di Jepun.
Pada Ekspo Logistik Kansai ke-6 di Jepun, Syarikat Mushiny iaitu sebuah syarikat robotik dari Huzhou, Provinsi Zhejiang di timur China telah menggamit tumpuan dengan sistem pengisihannya dan solusi barangan ke manusia (GTP), yang dipamerkan oleh syarikat Jepun iaitu Toshiba dan Mitsubishi.
Terdahulu, robot logistiknya dan sistem perisian telah digunakan oleh pelbagai gudang farmaseutikal di wilayah Kanto, Jepun, sekali gus memenuhi keperluan logistik industri perubatan yang kian bertumbuh. Syarikat itu juga telah dianugerahkan kontrak untuk menghasilkan robot mengambil dan menguruskan kontena baharu untuk pembuat kereta terkemuka Jepun, seterusnya mengetepikan pesaing rapatnya.
Mushiny pakar dalam R&D dan pengeluaran peralatan serta robot logistik, dengan lebih 70 peratus produknya dieksport ke negara-negara maju.
“Pesanan kami telah ditempah sehingga September, dan jualan separuh pertama kami pada tahun ini mencatatkan rekod tertinggi baharu, iaitu meningkat hampir 30 peratus dari tahun ke tahun.
“Produk kami semakin menjadi satu kebisaan dalam projek automasi logistik di luar negara,” ujar He Zijie, pengarah Pusat Teknologi Perkakasan itu.
Ketika ini, barisan pengeluaran robot Mushiny sedang beroperasi dengan kelajuan penuh, menghasilkan pelbagai model setiap hari.
“Kepelbagaian kekuatan robot-robot kami adalah sangat besar, iaitu daripada 50 kilogram kepada 1.5 tan. Sama ada untuk mengalihkan barangan di bengkel, atau mengangkat barangan di kilang e-dagang, ia (robot) boleh menguruskannya,” ujar He.
Dengan strategi penyetempatan mendalam dan inovasi termaju, syarikat itu telah berakar umbi di Jepun. Melihat ke hadapan, ia akan terus membangunkan produk untuk memenuhi keperluan industri logistik tempatan, dan berusaha menuju ke arah manfaat bersama.
- Persidangan Robot Dunia 2025 Buka Tirai di Beijing
- Sukan Robot Humanoid Dunia Pertama akan Berlangsung di Beijing
- China Pertahankan Pasaran Robot Industri Terbesar Selama 12 Tahun
- Terokai Hab Industri Pembuatan Robot di Shanghai
- China Anjurkan Perlawanan Bola Sepak Robot AI Pertama
- ‘Robocop’ Kini di Jalanan Sekitar Bandar China
- Pertandingan Akhir Roboleague Berlangsung di Beijing
- Teknologi Tinggi Dipamerkan Semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-9 di Kunming
- Kedai 4S Robot Humanoid Pertama di Dunia Bakal Dibuka di Beijing
- Robot Hadir Sekolah Maya di Zhejiang