- Lain-lain
“Taste of Malaysia 2025” Tawar Produk Terbaik Malaysia ke Pasaran China
“Taste of Malaysia 2025” menawarkan produk makanan dan hasil pertanian berkualiti kepada pasaran China sekali gus memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara menerusi sektor pertanian dan perdagangan.
Progam anjuran Pejabat Penasihat Pertanian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing itu sebagai usaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk-produk keluaran Malaysia dalam kalangan penguna di negara “Tembok Besar” ini.
Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia di Beijing, Norfarina Mohd Azmee berkata China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan jumlah perdagangan dua hala melepasi AS$212 bilion (RM891 bilion) pada tahun 2024.
“Sektor pertanian Malaysia menunjukkan perkembangan yang cukup memberangsangkan dengan tahun lalu, eksport Malaysia mencecah RM23 bilion dan China terus kekal sebagai rakan dagang terbesar dalam sektor itu yang menyumbang kira-kira 12.3 peratus daripada keseluruhan eksport pertanian global Malaysia”, katanya.
Menurut Norfarina, “Taste of Malaysia 2025” juga menyasarkan capaian kira-kira 50 juta penguna di negara ini menerusi produk makanan dan hasil pertanian premium selain membuka peluang baharu untuk pemain industri Malaysia menembusi pasaran China.
“Kita sasar sekitar 50 juta capaian penggunaan bagi program 'Taste of Malaysia 2025', walaupun nampak kecil namun impaknya sangat besar ketika produk-produk berteraskan makanan keluaran Malaysia terus mendapat permintaan yang mengalakkan di China”, katanya kepada pemberita selepas pelancaran “Taste of Malaysia 2025” di rangkaian pasar raya borong Metro di Beijing pada Ahad.
Turut dilancarkan sebuah buku masakan eksklusif berjudul “The Durian Cookbook” yang memaparkan kepelbagaian resipi berasaskan durian hasil masakan chef terkemuka di Malaysia dan buku terbitan KPKM itu juga telah diterjemahkan ke bahasa Mandarin agar memudahkan penguna di China untuk mencuba masakan yang telah disenaraikan dalam buku berkenaan.
Sebanyak 40 produk makanan dan pertanian daripada lebih 10 syarikat Malaysia akan memanfaatkan program “Taste of Malaysia 2025” seperti buah-buahan tropika, produk durian sejuk beku, serbuk kopi dan teh serta pelbagai snek tradisional Malaysia.
Program “Taste of Malaysia 2025” dilaksanakan di semua 99 cawangan METRO di seluruh China sama ada secara fizikal mahupun jualan dalam talian.
- Lebih 5,000 Sertai Larian Persahabatan Malaysia-China 2025
- Perjanjian Bebas Visa China-Malaysia Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini
- Wang Yi Bertemu PM Malaysia
- Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia Berkuat Kuasa 17 Julai
- APU, GUT Perkenal Kolej Teknologi Maklumat di Guilin, Tawar Dwi Sijil
- Kapal APMM Buat Lawatan Sulung ke China
- BIBF 2025: Malaysia Mahu Manfaatkan Status Negara Tetamu Kehormat, Adakan Lebih Banyak Kerjasama Global
- Program Tahun Melawat Malaysia 2026 Dilancarkan di Beijing
- Bahasa Melayu Bermekaran di China, DBP Sasar Kolaborasi Strategik
- Majlis Perasmian Dan Makan Malam Seminar Antarabangsa Terjemahan, Bahasa Dan Budaya Melayu-China Kelima Diadakan