China Gesa Israel Hentikan Serangan di Gaza

(CRI)Rabu 10 September 2025
China Gesa Israel Hentikan Serangan di Gaza

China menentang serta mengecam segala tindakan yang membahayakan penduduk awam, merosakkan kemudahan awam dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Selasa susulan tindakan Israel memusnahkan beberapa bangunan tinggi di Semenanjung Gaza.

Mengulas lanjut, beliau berkata China mendesak Israel menghentikan semua operasi ketenteraan di Gaza serta melaksanakan gencatan senjata menyeluruh dan berkekalan dengan segera bagi mengelakkan krisis kemanusiaan yang lebih teruk.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa tentera Israel sedang bersiap sedia untuk memasuki bandar Gaza.

Video

Berita Berkaitan