- Lain-lain
Mobiliti Dua Roda Kini Jadi Solusi Kepada Pengangkutan Bandar Hijau di China
Orang ramai mengayuh basikal di sebatang jalan desa di kampung Guanlu, kaunti Qianxian, Huangshan, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh Xu Jiadong)
Landskap pengangkutan bandar China kini semakin terlihat dalam bentuk ‘mobiliti dua roda’ – kebanyakannya basikal dan skuter elektrik – yang telah menjadi komponen penting dalam pembangunan bandar yang mampan.
Menurut Persatuan Basikal China, pemilikan basikal di negara Tembok Besar telah melangkaui 200 juta, dengan tambahan sebanyak 380 juta pengangkutan dua roda berkuasa elektrik sedang digunakan.
Penduduk bandar di China menggunakan basikal atau motor elektrik untuk setiap 30 daripada 100 perjalanan yang dilakukan. Angka tersebut secara tidak langsung memberikan petunjuk terhadap satu peralihan di China, yang menyaksikan kesedaran alam sekitar semakin meningkat, seterusnya menggalakkan orang awam untuk memilih alternatif rendah karbon, beroda dua.
“Basikal dan motor elektrik sangat sesuai untuk jarak dekat dan sederhana pergerakan bandar. Dengan kesihatan dan kemampanan semakin menjadi keutamaan awam, mobiliti dua roda terus mendapat momentum”, ujar Guo Wenyu, naib presiden dan setiausaha agung persatuan itu.
Satu laporan pada 2024 terhadap mobiliti hijau menunjukkan bahawa dari tempoh 2021 hingga 2023, trip basikal bandar secara puratanya bertambah daripada 12.6 minit kepada 13.88 minit, khususnya semasa waktu puncak apabila mobiliti itu menawarkan penjimatan masa berbanding pengangkutan tradisional.
Penggunaan harian mobiliti beroda dua mengurangkan pelepasan karbon negara sebanyak sekitar 10,000 tan, yang bersamaan dengan penjimatan 6.6 juta liter gasolin, berdasarkan penggunaan gas purata pada kadar 8 liter untuk setiap 100 kilometer. Pada 2023 sahaja, pengurangan tersebut berjumlah 4.29 juta tan, atau bersamaan dengan penjimatan kos alam sekitar dalam lingkungan RMB2.6 bilion.
Motor kongsi yang dikuasakan hidrogen yang bakal dilancarkan di daerah Xindu, Chengdu, Provinsi Sichuan, di barat daya China. (Foto oleh Li Xiangyu)
Populariti budaya berbasikal yang semakin berkembang juga telah mendorong lagi trend tersebut. Pelancongan ‘tunggang-dan-kembara’ kini menjadi popular, dengan terdapat lebih 18 juta peminat basikal dan lebih daripada 100 juta pengayuh basikal biasa di serata China.
Basikal kongsi telah menjadi asas kepada pengangkutan awam bandar, dengan terdapat lebih daripada 12 juta sedang beroperasi dan sekitar 24 juta tunggangan dilakukan setiap hari. Kemajuan teknologi seperti penjejakan basikal oleh BeiDou telah menambah baik kecekapan perkhidmatan perkongsian basikal.
Penyedia utama perkhidmatan tersebut, Meituan, melaporkan lebih daripada 10 bilion kilometer perjalanan telah direkodkan menerusi platform dua-roda kongsi pada tahun lalu, sekali gus mengelakkan lebih daripada 580,000 tan pelepasan karbon. Menurut eksekutif Meituan, sekitar 23 peratus daripada perjalanan itu menggantikan perjalanan yang menggunakan kereta.
Dengan sistem pengangkutan awam yang terus dimodenkan, penyepaduan antara berbasikal dengan transit rel semakin nyata di serata bandar-bandar China. Bagi memudahkan lagi ketersambungan pelbagai mod itu, kerajaan tempatan sedang menambah baik infrastruktur dengan membina laluan pejalan kaki berbumbung, mengembangkan fasiliti parkir basikal, dan mengkhususkan zon parkir berdekatan dengan stesen transit.
Kesemua usaha itu menyasarkan untuk mencipta satu peralihan yang lancar antara mobiliti dua roda dan transit awam, menekankan peralihan ke arah pengangkutan bandar yang lebih hijau.
Dari tempoh 2021 hingga 2023, perkadaran trip basikal berdekatan stesen transit berkembang dengan stabil di serata negara. Penggunaan motor elektrik di sekitar hab tersebut bertambah sebanyak 13 peratus pada 2022 dan tambahan 11.3 peratus pada 2023, yang mencerminkan peranan penting dalam ketersambungan awal dan akhir.
Seorang wanita membeli skuter elektrik di perbandaran Shuangjiang, kaunti autonomi Tongdao Dong, Huaihua, Provinsi Hunan, tengah China. (Foto oleh Hu Xianbing)
Menurut Guo, pengamatannya mendapati bahawa motor elektrik semakin menjadi pilihan berbanding basikal tradisional, susulan fungsinya yang lebih seiring dengan permintaan perjalanan bandar jarak pendek.
Dalam satu inovasi mutakhir, Kawasan Baharu Pantai Barat Qingdao melancarkan 200 basikal kongsi yang dikuasakan hidrogen pada Jun. Kesemua basikal yang boleh digunakan sejurus mengimbas kod QR itu boleh bergerak sehingga 100 kilometer, sekali gus menewaskan motor elektrik tradisional dalam kemudahan dan kecekapan.
Susulan inventori basikal China yang semakin berkembang, pengurusan akhir hayat telah menjadi kebimbangan yang memuncak. Banyak wilayah menggunakan amalan ekonomi pusingan untuk persaraan dan kitar semula basikal.
Di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao, kadar kitar semula basikal telah mencecah kira-kira 25 peratus, manakala sektor basikal kongsi telah mencapai hampir jumlah kitar semula dan penggunaan semula unit yang telah dinyahaktifkan.
- Kaktus Ubah Bukit Tandus Jadi Pemandangan Penuh Kehijauan
- Taman Bunga Bertaraf UNESCO di Suzhou Dakapi Transformasi Digital
- China Seru Sinergi untuk Realisasi Pembangunan Lestari
- Golongan Muda Pilih Gaya Hidup Hijau
- China Komited Berganding Bahu dengan Pelbagai Pihak untuk Promosi Pembangunan Hijau
- China Selesaikan Penghijauan Seluas 6.67 Juta Hektar pada 2024
- Kementerian Kewangan Keluarkan Bon Hijau Berdaulat China di Luar Negara
- Xi Beri Arahan Mengenai Penubuhan Kumpulan Kitar Semula Sumber China
- Teknologi Termaju Dipamerkan Pada Ekspo China-Asia Selatan
- China Tetapkan Sasaran Hijau untuk Pusat Data