- Lain-lain
H1 2025: Angka Perbelanjaan Pelancong, Perjalanan Domestik Capai Rekod Tertinggi Baharu
Sun Yeli, timbalan ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China merangkap Menteri Kebudayaan dan Pelancongan bercakap pada satu sidang media berhubung pencapaian dalam pembangunan kebudayaan dan pelancongan berkualiti tinggi untuk tempoh Pelan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025) di Beijing, ibu negara China pada 29 September 2025. (Xinhua/Chen Yehua)
Pelancong China direkodkan membuat hampir 3.29 bilion perjalanan untuk separuh pertama (H1) 2025, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi baharu, ujar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan China, Sun Yeli dalam satu sidang media pada Isnin.
Beliau berkata, dalam tempoh yang sama, jumlah perbelanjaan berkait dengan pelancong telah mencapai RMB3.15 trilion, selain turut menyatakan bahawa industri pelancongan China telah menyaksikan lantunan semula yang mantap selepas impak pandemik COVID-19
Naib Menterinya, Wang Jianhua berkata bahawa dalam tempoh FYP ke-14, China telah berusaha keras untuk menyediakan lebih banyak produk pelancong yang berkualiti tinggi.
Jelas beliau, dalam tempoh itu, negara itu telah menambah 2,600 kawasan pemandangan baharu bertaraf ‘A’ dari segi kualiti, secara tidak langsung menjadikan jumlah keseluruhan kawasan pemandangan di China sebanyak 16,500. Ketika ini, 97 peratus kawasan bertaraf kaunti mempunyai kawasan pemandangan kelas ‘A’.
Sementara itu, keperluan pelancong yang pelbagai dan diperibadikan berjaya dipenuhi. Sebagai contoh, perkhidmatan kereta api mesra warga emas telah menyaksikan pembangunan yang menakjubkan. Dari tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, China telah mengoperasikan 1,551 kereta api, membawa 930,000 penumpang, dengan 80 peratus daripadanya adalah warga emas.
- China Bakal Saksi Ledakan Pelancongan Sempena Percutian ‘Minggu Emas’ 2025
- Sukan Semarakkan Ledakan Pelancongan di Serata China
- Projek Hidrokuasa di Yunnan Tarik Pelancong, Penduduk Kampung Raih Pendapatan Stabil
- Yuncheng, Shanxi: Tasik Garam Bagai Pelangi
- Pelancongan Cipta Peluang Pekerjaan Buat Penduduk Guangxi
- Industri Pelancongan yang Berkembang Maju di Xizang Manfaat Penduduk Tempatan
- Teknologi Buka Sempadan Baharu Buat Pasaran Pelancongan China
- Ledakan Industri B&B di Zhejiang Saksi Pendapatan Lebih RMB10 Bilion Pada 2024
- Trend Percutian “Tak Menyakitkan” Ubah Landskap Pelancongan China
- Xinjiang Keluarkan Rancangan Pembangunan Industri Kebudayaan dan Pelancongan Baharu