Xi, Shanmugaratnam Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-35 Hubungan Diplomatik

(CRI)Jumaat 03 Oktober 2025

Presiden China Xi Jinping dan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam saling bertukar ucapan tahniah pada Jumaat sempena ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Xi menyatakan China sedia bekerjasama dengan Singapura untuk memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik, memperkasa kolaborasi bertaraf tinggi dan mempererat pertukaran sosiobudaya.

China juga sedia bersinergi dengan Singapura untuk memelihara sistem perdagangan multilateral dan norma asas hubungan antarabangsa, memantapkan perkongsian berorientasikan masa depan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi antara kedua-dua negara, sekali gus menyumbang kepada kedamaian dan kemakmuran serantau bahkan dunia.

Sementara itu, Shanmugaratnam berkata sejak hubungan Singapura-China dinaik taraf kepada perkongsian berorientasikan masa depan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi pada 2023, pelbagai projek kerjasama antara kerajaan terus dipergiat dengan menonjolkan ciri-ciri baharu.

Menurut beliau, kedua-dua pihak turut aktif memperluas kerjasama dalam bidang baharu di samping menyaksikan pertukaran sosiobudaya semakin kukuh.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri China Li Qiang dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong juga saling bertukar ucapan tahniah.

Video

Berita Berkaitan