Ucapan Lai Cabar Fakta Sejarah dan Konsensus Antarabangsa

(CRI)Sabtu 11 Oktober 2025

Ucapan Lai Ching-te pada 10 Oktober mengulangi falasi untuk mewujudkan ‘kemerdekaan Taiwan’ dan mencabar fakta sejarah serta konsensus antarabangsa.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Jumaat.

Guo berkata ucapan berkenaan sekali lagi memperlihatkan sifat Lai yang degil membuat kacau, menimbulkan bahaya dan menghasut perang.

Menurut beliau, aktiviti pemisah yang mengejar 'kemerdekaan Taiwan' serta campur tangan kuasa luar merupakan ancaman paling besar kepada keamanan Selat Taiwan.

Guo turut mengecam cubaan Lai mereka-reka pelbagai dusta bagi menggerakkan ‘kemerdekaan Taiwan’ dan menentang penyatuan semula melalui kekuatan tentera.

Amalan seumpama hanya akan menjerumuskan Taiwan ke dalam kancah bahaya, katanya.

Video

Berita Berkaitan