Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC Jadi Tumpuan Dunia

(CRI)Khamis 23 Oktober 2025

Sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang berlangsung di Beijing pada 20 hingga 23 Oktober menjadi tumpuan dunia.

Masyarakat antarabangsa percaya bahawa sidang itu akan memacu pembangunan berkualiti tinggi China, menyuntik lebih banyak unsur kestabilan dan tenaga positif kepada dunia, serta memberikan rujukan baharu kepada negara lain dalam meneroka jalan pembangunan masing-masing.

Pengarah Institut Asia Timur Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Alfred Schipke memuji pencapaian dilakar China dalam pembangunan sosioekonomi sepanjang pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025).

Beliau berkata China akan terus memfokuskan kepada pembangunan berkualiti tinggi dalam tempoh pelaksanaan FYP ke-15 (2026-2030), di samping memajukan pembaharuan struktur pembekalan, menambah baik kesejahteraan rakyat dan memperluas keterbukaan.

Artikel disiarkan melalui laman web akhbar Jerman, Handelsblatt menyebut bahawa sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC akan menetapkan hala tuju strategi pembangunan China untuk beberapa tahun mendatang.

Menurut artikel itu, China kini beralih fokus kepada inovasi teknologi dan FYP ke-15 akan membuka lembaran baharu dalam strategi pembangunan negara Tembok Besar.

Video

Berita Berkaitan