- Lain-lain
China Bantah Keras Jepun ‘Main Api’ isu Taiwan
Kementerian Luar China menyifatkan percubaan pemimpin Jepun untuk mencampuri urusan Selat Taiwan sebagai melanggar dasar Satu China serta semangat empat dokumen politik antara China dan Jepun, bahkan norma asas hubungan antarabangsa.
Ini susulan kenyataan Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi baru-baru ini yang mendakwa bahawa “insiden Taiwan” mungkin mencetuskan “situasi krisis eksistensial” yang membenarkan Jepun menggunakan hak mempertahankan diri secara kolektif.
Dakwaan yang dibuat secara terbuka di parlimen Jepun itu dianggap membayangkan niat untuk melancarkan campur tangan ketenteraan dalam isu Selat Taiwan.
China membantah sekeras-kerasnya dan tidak akan menerima tindakan yang mencampuri urusan dalamannya, mencabar kepentingan terasnya, dan mencabuli kedaulatannya. Kenyataan dan tindakan seumpama bukan sahaja menyalahi prinsip keadilan antarabangsa dan terang-terangan memprovokasi order antarabangsa pasca perang, tetapi juga merosakkan hubungan antara China dan Jepun.
Hari ini, People’s Daily menyiarkan rencana berjudul “Sama Sekali Takkan Diterima: Provokasi Sanae Takaichi berkaitan Isu Taiwan”.
http://en.people.cn/n3/2025/1114/c90000-20390774.html
- Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun ke-80 Pengembalian Taiwan Diadakan di Beijing
- Cuba Bantah Tindakan AS Campur Tangan Hal Ehwal Colombia
- Ucapan Lai Cabar Fakta Sejarah dan Konsensus Antarabangsa
- Saudara Setanah Air dari Taiwan Dijemput Saksikan Perbarisan Tentera, 3 Sept di Beijing
- Cubaan "Kemerdekaan Taiwan" Nescaya Gagal
- Putar Belit Sejarah WWII, Kelakuan Mengaibkan --MFA
- China Beri Amaran kepada Filipina, Jangan Cuba “Bermain Api” dalam Isu Taiwan
- China Kecam Kenyataan Lai Ching-te, Promosi Pemisahan "Kemerdekaan Taiwan"
- China Bantah Keras Jepun Terima Kunjungan Pegawai Taiwan




