- Lain-lain
Batu-Bata Berlukis Tawar Sekilas Kehidupan Harian di Barat Laut China 18 Abad Lalu (2)
Satu kempen kebudayaan secara dalam talian di China yang berkisarkan mural pada baru-baru ini telah membawa para peserta ke makam purba yang bersejarah semasa Dinasti Wei dan Dinasti Jin (220-420), membolehkan mereka menyaksikan batu-bata berlukis yang memaparkan sekilas kehidupan harian penduduk semasa 1,800 tahun dahulu.
Makam dengan batu-bata berlukis yang terletak di bandar Zhangye dan Jiayuguan di Provinsi Gansu, barat laut China itu secara tipikalnya mengandungi sebuah koridor, dinding berhias, laluan masuk dan ruang pengebumian.
Gambar-gambar di lukis secara terus pada batu-bata, dengan setiap satunya menggambarkan pemandangan unik, sekali gus memberikan nama panggilan kepada tapak itu sebagai ‘galeri bawah tanah’.
Lukisan-lukisan itu memperlihatkan pelbagai aspek kehidupan dinasti Wei dan Jin, termasuk pertanian, pemburuan, pakaian, makanan dan pelancongan.
Satu pameran tentang batu-bata yang berlukis dari makam-makam dinasti Wei dan Jin serta tempoh Enam Belas Kerajaan (304-439) telah diadakan di Muzium Kaunti Gaotai di Zhangye. Ia menampilkan lebih daripada 200 batu-bata berlukis yang digali daripada makam-makan Tinggalan Bandar Unta dan Tinggalan Bandar Purba Xusanwan di Gaotai.
Menurut Sun Lijuan, timbalan kurator muzium tersebut, batu-bata berlukis itu mencerminkan tradisi artistik batu-batu bergambar dari Dinasti Han (202 S.M. – 220 M), sambil turut memperkenalkan teknik dan gaya baharu yang seterusnya mempengaruhi mural semasa dinasti Sui dan Tang (581-907).
“Gaya unik dan bentuk-bentuk yang hidup (batu-bata) menawarkan wawasan yang tidak ternilai terhadap politik, ekonomi dan estetika semasa ketika waktu itu,” ujar beliau.
Untuk rekod, lebih daripada 720 batu-bata berlukis yang sama dipelihara di kluster makam Wei-Jin di perbandaran Xincheng, bandar Jiayuguan.
Batu-bata berlukis di dalam kluster makam sebesar 13 kilometer persegi dan merangkumi lebih daripada 1,400 makam purba, sekali gus menyerupai ‘dokumentari kehidupan harian’ pada 1,800 tahun dahulu.
Lu Xiaoling, seorang petugas di pejabat pengurusan relik budaya bandar Jiayuguan berkata bahawa, batu-bata berlukis tersebut meliputi tema yang sama seperti yang ditemui di Gaotai.
Yang paling ketara, satu bata berlukis dari Makam No. 5 memperlihatkan seorang penghantar memakai topi dan pakaian pendek, dengan tangan dalam keadaan sedang bertindih, menyaksikan memegang kekang di tangan kirinya dan dokumen di kanannya, manakala kuda pula sedang berlari.
Kata Lu, ketiadaan mulut pada penghantar adalah simbol kepada kebijaksanaan tugasnya, yang juga satu peringatan halus tentang betapa seriusnya tugas sebagai pembawa mesej semasa China purba.
Antara yang menjadi tumpuan pada batu-bata berlukis adalah termasuk gambaran jelas terhadap babak-babak seperti masyarakat purba sedang menikmati barbeku, gembala kuda, dan memetik daun mulberi. Kesemua itu secara tidak langsung mencerminkan kemakmuran penternakan haiwan dan gabungan pelbagai budaya etnik semasa dinasti Wei dan Jin.
- Kediaman Gua Dihidupkan Semula Sebagai Kandang Lembu
- Warna-warni Musim Luruh Litupi Kawasan Pemandangan Gunung Kongtong di Gansu
- Lada Sichuan Jadi Industri Kini Industri Utama di Gansu
- Industri Bawang Liar Sumbang Manfaat Ekonomi, Ekologi di Gansu
- Longnan Saksi Kemajuan Pesat Industri Minyak Zaitun
- Pemandangan Indah Padang Rumput di Gansu Pikat Pelancong
- Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Sekitar Tapak Peringatan Penyajak Purba China Du Fu di Gansu
- Dari Loceng Unta ke Melodi: Musim Panas di Dunhuang Tawar Pengalaman Magis
- Atuk Sanxi di Kampung Qingsi Jadi ‘Duta’ Pelancongan





