AS, Ukraine Capai Kemajuan Dalam Rundingan di Geneva

(CRI)Isnin 24 November 2025

Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine mencapai kemajuan dalam rundingan mengenai pelan damai 28 perkara yang dirangka oleh AS bagi menyelesaikan konflik antara Rusia dan Ukraine di Geneva, Switzerland pada Ahad.

Demikian menurut Setiausaha Negara AS Marco Rubio dan Ketua Pejabat Presiden Ukraine Andrii Yermak dalam kenyataan masing-masing pada sidang media bersama yang diadakan pada hari sama.

Rubio berkata, AS dan Ukraine telah mencapai 'kemajuan yang baik' berdasarkan gerak kerja sedia ada.

Katanya kedua-dua pihak sedang membuat pindaan dan penyesuaian terhadap pelan berkenaan agar mengatasi perselisihan dalam beberapa isu bagi membolehkan pelan tersebut boleh diterima oleh kedua-dua pihak. 

Sementara itu Yermak pula menyatakan bahawa Ukraine dan AS akan terus 'menambahbaik pelan bersama', dan akan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan Eropah pada beberapa hari akan datang.

Video

Berita Berkaitan