Pengembaraan ke Qianhai: Pertembungan Teknologi, Budaya dan Sukan Salji

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 02 Disember 2025

Oleh: Pang Xiangshan

Qianhai di Shenzhen adalah zon pembangunan utama dan salah satu metropolis yang inovatif dan dinamik, sekali gus menjadi magnet kepada produk teknologi tercanggih.

Menerokai ke tiga mercu tanda ikonik iaitu Menara Qianhai 5, Bandar Buku Kawasan Teluk, dan Dunia Salji Qianhai, seseorang itu pastinya dapat menyelami denyutan dan kerancakan inovasi perindustrian di bandar ini.

Misalnya, Menara Qianhai 5 mempamerkan sepenuhnya produk inovatif yang menunjukkan kehebatan teknologi dalam bidang pembuatan pintar dan interaksi robot manusia.

Di dalam menara tersebu t, terdapatnya produk teknologi yang tercanggih. Robot humanoid pertama di dunia yang mampu melakukan guling lenting, dengan gaya berjalan dan postur badannya yang sangat mirip dengan pergerakan manusia, secara tidak langsung menunjukkan keupayaan kawalan pergerakan yang menakjubkan.

Selain itu, alat penterjemahan serentak secara mudah alih, menyokong peralihan segera untuk hampir 100 bahasa. Ia boleh melekat pada belakang telefon bimbit melalui magnet, bertukar menjadi pembantu penterjemah pintar bila-bila masa, memudahkan komunikasi antarabangsa.

Kerusi ergonomik dengan reka bentuk tergantung yang laris dijual secara dalam talian, juga boleh disambungkan ke sumber kuasa untuk memberikan fungsi urutan dan pemanasan, seterusnya menggabungkan keselesaan pengalaman dan teknologi pintar dengan penuh lancar.

Bandar Buku Kawasan Teluk, sebuah kedai buku yang terintegrasi sempurna dengan taman, telah dibuka secara rasminya pada 26 September lalu. Ia merupakan mercu tanda China dalam membentuk dan membina daya saing budaya secara proaktif untuk masa hadapan.

Sebagai kedai buku yang terbesar di China, ia melangkaui model tradisional dengan mewujudkan komuniti yang pelbagai. Melalui persekitaran bertema, ia bukan sekadar menjual buku tentang seni, fiksyen sains, dan budaya tempatan, tetapi menghidupkannya dengan pengalaman imersif, produk kreatif, dan pameran warisan, sekali gus mewujudkan destinasi pelbagai dimensi untuk semua.

Berkeluasan sehingga 13.1 juta meter persegi, ia bukan sahaja menawarkan koleksi luas melebihi 300,000 naskhah penerbitan dan perancangan senario yang pelbagai, malah turut menyediakan pelbagai suasana termasuk taman berbumbung, galeri budaya rakyat, teater profesional dan lain-lain ruang yang dipelbagaikan.

Secara tidak langsung, ia menyediakan sebuah tempat perhimpunan budaya dimensi buat orang ramai untuk tujuan pembacaan, lawatan, dan pengalaman.

Dunia Salji Qianhai di Shenzhen, sebuah pusat ski tertutup yang berskala besar dan telah diiktiraf secara rasmi oleh Guinness World Record sebagai pusat ski tertutup terbesar di dunia semasa operasi percubaannya pada September 2025.

Pusat ski ini mempunyai lima laluan ski yang disahkan secara antarabangsa, dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap, dan mampu menganjurkan pelbagai jenis pertandingan ski bertaraf antarabangsa.

Selain memenuhi keperluan ski profesional, ia juga mempunyai kemudahan yang lengkap seperti kerusi kereta gantung dan taman salji yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik, menyediakan pengalaman hiburan bersalji yang menyeluruh untuk pengunjung dari semua peringkat kemahiran.

Qianhai bukan sekadar model integrasi perindustrian dan bandar, malah merupakan lambang hidup bagi gaya hidup bandar baharu.

Video

Berita Berkaitan