- Lain-lain
Musim Menuai Buah-Buahan Perubatan Bermula di Henan (5)
![]() |
| Para pelancong memetik buah di ladang ubat Cornus officinalis, yang baru memasuki musim tuian di kaunti Xixia, Provinsi Henan di tengah China. (People’s Daily Online/Huo Yaping) |
Seiring dengan Shan Zhu Yu iaitu buah masak kering dari adang ubat Cornos officinalis memasuki musim menuai di kaunti Xixia,Provinsi Henan di tengah China, pemandangan Gunung Funiu pada saat ini sedang menyaksikan gabungan penuh hidup antara pertanian dan ledakan pelancongan pertanian.
Pada awal musim sejuk, Gunung Funiu dihiasi dengan buah merah yang penuh bertenaga, tergantung di pokok-pokok ibarat tanglung. Penduduk kampung yang dilengkapi dengan bakul buluh dan kereta sorong menelusuri kebun manakala pelancong pula menikmati pengalaman memetik buah dari ranting, sekali gus mewujudkan satu simfoni antara perbualan penuh gembira dan bunyi dengungan dari mesin.
Untuk rekod, kaunti Xixia telah memupuk Shan Zhu Yu untuk selama lebih 50 tahun, dengan kawasan penanaman meliputi 250,000 mu (16,700 hektar). Tahun ini, kaunti itu dijangka untuk menghasilkan lebih daripada 3,600 tan buah tersebut, dengan output ekonomi secara terus melangkaui RMB200 juta.
Industri tersebut kini telah mencipta sumber pendapatan baharu untuk lebih 100,000 penduduk di serata sembilan perbandaran di kawasan pergunungan kaunti itu.
Difahamkan, Xixia meliputi separuh daripada jumlah pengeluaran keseluruhan Shan Zhu Yu China dan dua pertiga output Provinsi Henan.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Xixia telah menggunakan model pembangunan yang menampilkan kolaborasi rapat antara syarikat, perusahaan profesional, pangkalan pengeluaran dan isi rumah bertani untuk menambah baik rantaian perindustriannya.
Walhasil, buah-buahan telah menjadi bahan utama dalam perubatan tradisional China yang terkenal dan mendapat sambutan daripada pengguna berikutan warnanya yang cerah, teksturnya yang mantap dan khasiat perubatan yang tinggi.
Permintaan yang semakin meningkat tersebut telah berkembang menjadi industri penting yang memberi manfaat kepada petani dan ekonomi tempatan.
- Pengisihan Buah Pintar Rancakkan Penjualan Oren Navel di Jiangxi
- Industri Kranberi Bermekaran di Bandar Fuyuan
- Pertanian Aprikot Pacu Pertumbuhan di Kuqa
- Buah Epal Bawa Kemakmuran Buat Penduduk Kampung di Yunnan
- Dulu "Makanan Asing", Kini Jadi "Produk Istimewa" China
- Laici Volkano Haikou Dorong Permintaan Global, Rekod Jualan
- Sektor Sayuran, Buah, Benih Berkembang Maju di Yuanmou
- Yunnan Kini Masuk Musim Menuai Beri Biru
- Industri Avakado Tingkat Taraf Hidup Etnik Lahu
- Buah-buahan dari ASEAN Kini Boleh Masuk ke China Melalui Jalan Air Sungai Mekong





