- Lain-lain
Tahun Interaksi Rakyat ASEAN-China Labuh Tirai
![]() |
| Tetamu menyerikan majlis penutupan Tahun Interaksi Rakyat ASEAN-China 2024-2025 di Melaka, Malaysia, 10 Disember 2025. (Xinhua/Cheng Yiheng) |
Majlis penutupan Tahun Interaksi Rakyat ASEAN-China 2024-2025 berlangsung di Melaka pada Selasa hingga Rabu, atas anjuran Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Asing bersama Persatuan Persahabatan Malaysia-China.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus surat tahniah, manakala Yang Wanming, presiden Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Asing menyampaikan ucapan selaku ketua delegasi China.
Kira-kira 300 tetamu hadir menyerikan majlis, termasuk dari Kedutaan Besar China di Malaysia, kementerian-kementerian China, 11 wilayah peringkat provinsi China, serta Pusat China-ASEAN, Sekretariat ASEAN dan beberapa persatuan persahabatan dari negara-negara ASEAN.
Acara dirasmikan di Persiaran Jonker Melaka dengan kerancakan paluan gendang diiringi tarian singa, sambil tetamu bersiar-siar di kawasan bersejarah itu untuk menghayati kekuatan ikatan persahabatan yang tiada putus antara Malaysia dan China. Mereka turut bersama-sama menyempurnakan acara menanam Pokok Persahabatan China-ASEAN.
Pada majlis penutupan, sepuluh projek terunggul dan program yang paling cekap diatur diberikan pengiktirafan dengan penyampaian anugerah. Satu sesi meja bulat mengenai interaksi orang ke orang antara China dan ASEAN juga diadakan.
Sepanjang dua tahun lalu, China dan ASEAN telah menjayakan hampir 200 aktiviti pertukaran yang bertaraf tinggi, yang juga besar impaknya dan dialu-alukan ramai.
![]() |
| Penari membuat persembahan pada majlis penutupan Tahun Interaksi Rakyat ASEAN-China 2024-2025 di Melaka, Malaysia, 10 Disember 2025. (Xinhua/Cheng Yiheng) |
- Minggu China-ASEAN 2025 Buka Tirai di Fuzhou
- Minggu Teater China-ASEAN Buka Tirai di Nanning
- Malam Sains China-ASEAN 2025 Berlangsung di Nanning
- Seminar Ahli Parlimen ASEAN ke-2 Melabuhkan Tirai di Kunming
- Dialog Shangri-La Buka Tirai Hari Ini di Singapura
- "Kembara Pengarang Muda ASEAN ke China" Ke-2 di Foshan
- Penulis Muda ASEAN Melawat ke China
- Seminar Pemikir Peringkat Tinggi di Beijing Terokai Masa Depan Hubungan ASEAN-China
- Pegawai Kanan China, ASEAN Berhimpun di Ningbo Sempena Sesi Rundingan China-ASEAN
- China Ikrar Bersama ASEAN Perangi Jenayah Penipuan Telekomunikasi






