Kemboja Sekali Lagi Cadangkan Sesi Khas JBC

(CRI)Selasa 06 Januari 2026

Kemboja sekali lagi mencadangkan sesi khas Suruhanjaya Sempadan Bersama Kemboja-Thailand (JBC) pada minggu kedua atau ketiga bulan Januari 2026 di wilayah Siem Reap bagi membincangkan kerja pengukuran dan penggarisan sempadan, menurut siaran akhbar Sekretariat Negara bagi Hal Ehwal Sempadan Kemboja pada Isnin.

Untuk rekod, pada 29 Disember 2025 Kemboja pernah mencadangkan untuk mengadakan sesi khas tergempar JBC pada minggu pertama Januari 2026.

Namun pihak Thailand pada keesokan harinya memaklumkan bahawa sesi khas itu tidak dapat diadakan memandangkan kerajaan Thailand berada dalam fasa kerajaan sementara, selain kawasan sempadan kurang selamat kerana masih mempunyai periuk api.

Video

Berita Berkaitan