- Lain-lain
Pemandangan Cantik Memukau Tarik Pelancong ke Pekan Salji (10)
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 15 Januari 2026
![]() |
| Foto memaparkan keindahan pemandangan musim sejuk di “Pekan Salji” China iaitu Taman Hutan Shuangfeng di provinsi Heilongjiang, timur laut China. (People's Daily Online/Su Jinggang) |
Deretan rapi atap berselubungkan lapisan salji tebal, panorama semula jadi dihiasi “cendawan salji” dan “kek salji”... beginilah Taman Hutan Shuangfeng atau “Pekan Salji” China berubah menjadi sebuah alam ajaib pada musim sejuk.
Dengan emping salji melayang-layang di udara, taman hutan yang letaknya di bandar Mudanjiang, provinsi Heilongjiang, timur laut China ini tampil berwajah umpama cerita dongeng, berkilau-kilauan dibaluti selimut memutih.
Sungguhpun sejuknya menusuk, destinasi pelancongan yang terkenal ini tetap rancak dengan aktiviti. Pengunjung dari seluruh negara berkumpul di sini untuk menghayati pemandangan musim sejuk yang cantik memukau, menghidupkan jalan-jalan yang bersalji dengan gelak ketawa dan keseronokan.
- Pabila Salji Jadi Lombong Emas
- Pesta Ais dan Salji Nadam ke-21 Buka Tirai
- Ekonomi Ais-salji China 2025 Dijangka Bernilai RMB1 Trilion
- Ekonomi Ais dan Salji Hangat di China, Musim Ski Bermula Kuat
- Tinjauan CGTN: Ekonomi Ais dan Salji Jadi Pemacu Baharu Ekonomi China
- Perkembangan Pesat Industri Ais dan Salji Cipta Peluang Pekerjaan Baharu di China
- Dunia Ais dan Salji Harbin ke-26 Dirasmikan
- Ekonomi Ais dan Salji China Tumbuh Pesat
- Ekonomi Ais, Salji China Pamer Momentum Cemerlang
- Taman Tema Ais dan Salji Tertutup Terbesar di Dunia Dibuka di Harbin
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang





