Pemandangan Cantik Memukau Tarik Pelancong ke Pekan Salji (7)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 15 Januari 2026
Pemandangan Cantik Memukau Tarik Pelancong ke Pekan Salji
Foto memaparkan keindahan pemandangan musim sejuk di “Pekan Salji” China iaitu Taman Hutan Shuangfeng di provinsi Heilongjiang, timur laut China. (People's Daily Online/Su Jinggang)

Deretan rapi atap berselubungkan lapisan salji tebal, panorama semula jadi dihiasi “cendawan salji” dan “kek salji”... beginilah Taman Hutan Shuangfeng atau “Pekan Salji” China berubah menjadi sebuah alam ajaib pada musim sejuk.

Dengan emping salji melayang-layang di udara, taman hutan yang letaknya di bandar Mudanjiang, provinsi Heilongjiang, timur laut China ini tampil berwajah umpama cerita dongeng, berkilau-kilauan dibaluti selimut memutih.

Sungguhpun sejuknya menusuk, destinasi pelancongan yang terkenal ini tetap rancak dengan aktiviti. Pengunjung dari seluruh negara berkumpul di sini untuk menghayati pemandangan musim sejuk yang cantik memukau, menghidupkan jalan-jalan yang bersalji dengan gelak ketawa dan keseronokan.

Video

Berita Berkaitan