- Lain-lain
Shenzhen Kendali Lebih 300 Laluan Logistik Altitud Rendah

Seorang kakitangan menguji UAV di pangkalan United Aircraft Group di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 26 Jun 2025. (Xinhua/Li An)
Shenzhen, tapak operasi pembuat dron terkemuka dunia DJI, telah membuka sebanyak 310 laluan logistik altitud rendah setakat ini, dengan 82 laluan baharu dilancarkan pada 2025. Demikian yang dimaklumkan semasa sesi tahunan kongres rakyat bandar itu.
Data rasmi yang diumumkan semasa mesyuarat pada Isnin menunjukkan Shenzhen telah membina lebih daripada 1,200 kemudahan berlepas dan mendarat altitud rendah dalam usaha memacu perkembangan sektor ekonomi berkenaan.
Hab teknologi di provinsi Guangdong, selatan China itu kini tampil terdepan sebagai pangkalan pengeluaran kenderaan udara tanpa manusia (UAV). Anggaran 70 peratus dron pengguna dan 50 peratus dron perindustrian yang dihasilkan oleh China dikeluarkan di Shenzhen.
Kemajuan ini hasil inisiatif bandar itu memperbanyak pelaburan dalam inovasi sains dan teknologi. Antara tahun 2020 hingga 2024, jumlah pelaburan dalam R&D Shenzhen tumbuh daripada 151.08 bilion yuan kepada 245.31 bilion yuan, secara puratanya meningkat pada kadar 12.9 peratus setahun.
Sejak diiktiraf sebagai penggerak pertumbuhan baharu dalam laporan kerja kerajaan pada 2024, ekonomi altitud rendah China telah menjana momentum yang ketara.
Pentadbiran Penerbangan Awam China mengunjurkan skala pasaran ekonomi altitud rendah negara mencapai paras 1.5 trilion yuan tahun lalu, dan akan terus meningkat kepada 3.5 trilion yuan menjelang 2035.
- “Bank Makanan” Cerminkan Pendekatan Baru China
- Keseluruhan Logistik China Tumbuh 5.0% pada Januari hingga November 2025
- Kawasan Teluk Besar Pacu Pertumbuhan Ekonomi Altitud Rendah
- Kereta Api Hantar 3.727 bilion Tan Barangan 11 Bulan Pertama 2025 di China
- Pengembaraan ke Qianhai: Pertembungan Teknologi, Budaya dan Sukan Salji
- Jaringan Logistik Xizang Semakin Baik, Penghantaran ke Kaki Gunung Qomolangma Kini
- Xi’an Muncul Sebagai Hab Logistik, Perdagangan Antarabangsa Moden
- Jaringan Penghantaran Bungkusan Bolehkan Pengembara Manfaatkan Percutian Sepenuhnya
- Genap 45 Tahun Zon Ekonomi Khas Shenzhen
- Taman Eko Tenaga Nanshan di Shenzhen Gabung Tenaga Hijau, Pendidikan Alam Sekitar dan Panorama Bandar




