- Lain-lain
“Bank Makanan” Cerminkan Pendekatan Baru China

Seorang lelaki mengambil makanan dari kabinet pintar kendalian sebuah “bank makanan” di daerah Futian, Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China.
Selepas tenggelamnya matahari di bandar Shenzhen, sebuah kabinet pintar menyediakan akses kepada pakej makanan percuma selepas pengesahan pantas menggunakan alat mudah alih. Selama lebih tiga tahun, inisiatif “bank makanan” ini telah mengagihkan semula hampir 500,000 bahagian makanan yang hampir luput atau berlebihan, membawa faedah kepada sekitar setengah juta penerima.
Bank makanan 24 jam ini menyalurkan makanan yang akan habis tempoh kepada kumpulan lemah, langkah inovatif yang mencegah makanan hampir luput dan barangan lebih daripada menjadi sampah. Melalui model koordinasi kerajaan, penglibatan syarikat dan aktiviti pertubuhan sosial, daerah Futian telah bekerjasama dengan hampir 100 syarikat, menyelamatkan lebih kurang 202 tan makanan dan mengurangkan kira-kira 404 tan pelepasan karbon.
Namun begitu, pembaziran makanan berlaku di sepanjang rantaian bekalan, mengakibatkan China kehilangan anggaran 460 bilion kilogram setahun. Jelas betapa perlunya melihat pencegahan pembaziran sebagai usaha setanding peningkatan output, dengan galakan konservasi di segenap rantaian.
“Bank makanan” tersebut menawarkan suatu pendekatan yang memandang ke depan: di fasa pascapenggunaan, ia mengubah hala bahan makanan yang “susah dijual namun terlalu berharga untuk dibuang” agar digunakan dengan bermakna, sekali gus menjadi jejambat yang menyambungkan kitaran penggunaan sumber dengan sokongan komuniti. Kaedah ini melengkapi usaha huluan seperti penyimpanan bijirin secara saintifik, pemprosesan yang sesuai, serta kempen amalan makan sehingga habis.
Konservasi makanan bukanlah sesuatu yang baharu – jimat cermat adalah nilai tradisional China, disebut-sebut dalam puisi purba. Wujud juga model serupa di peringkat global, misalnya “Kempen Pinggan Bersih” Singapura, aplikasi jimat makanan Jerman, dan projek "Zero Food Waste" Chile.
Hari ini, pendekatan yang diambil China semakin pelbagai. Sesama belia, “kotak makanan lebihan misteri”, kantin bayar mengikut berat, dan seksyen makanan hampir habis tempoh kian menjadi pilihan, mengubah kesedaran menjadi tindakan. Pada dasarnya, segala usaha bergantung pada pilihan masing-masing: isi rumah membeli hanya yang perlu, dan peniaga mempromosikan bahagian lebih kecil serta mendermakan makanan yang hampir tamat tempoh.
Sebuah kabinet pintar menjalin bersama pihak kerajaan, peniaga, pertubuhan sosial, dan masyarakat – mencerminkan keprihatinan dan kesantunan sesebuah bandar.

Foto menunjukkan kabinet pintar kendalian sebuah “bank makanan”.
- Industri Beras Pulut di Huaiyuan Langkaui RMB10 Bilion
- Pemandangan Bandar Shenzhen dari Gunung Wutong
- Shuibei: Pusat Dagang Barang Kemas Antarabangsa
- SMART: Pelopori Masa Depan Bioperubatan dari Shenzhen
- Dinamika Qianhai Disuntik Oleh Tenaga Muda
- Dulu "Makanan Asing", Kini Jadi "Produk Istimewa" China
- Unilever Lancar Pangkalan Pengeluaran Makanan Semua Kategori Pertama di China
- Penyelidik China Ubah Kulat Jadi Aiskrim, Poskad di Ekspo Pertanian
- Makanan Jalanan Warnai Daya Hidup Industri di Luosifen
- Forum Makanan Sedunia 2025 Buka Tirai di Rome
- Pengembaraan ke Qianhai: Pertembungan Teknologi, Budaya dan Sukan Salji
- Forum Bandar Sains Guangming Buka Tirai
- Tonggak Batu Jadi Pengecas Telefon Bimbit di Shenzhen
- Terokai Perpustakaan dengan “Lif Angkasa” di Shenzhen
- Pelancong Asing Bawa Bagasi Kosong, Sakan Membeli-belah di Shenzhen
- Shenzhen Bakal Buka Lembaran Baharu Dalam Pembukaan, Inovasi
- Dewan Utara Perpustakaan Shenzhen Tawar ‘Kilang’ Pengisihan Buku Pintar
- Hab Keusahawanan dan Inovasi Belia Shenzhen Dorong Pembangunan Berkualiti Tinggi
- Taman Eko Tenaga Nanshan di Shenzhen Gabung Tenaga Hijau, Pendidikan Alam Sekitar dan Panorama Bandar
- Genap 45 Tahun Zon Ekonomi Khas Shenzhen




