- Lain-lain
Masa Depan Hubungan China-Jepun Bergantung pada Pilihan Jepun - Menteri Luar Wang Yi
Masa depan hubungan antara China dengan Jepun bergantung pada pilihan Jepun, kata Menteri Luar China Wang Yi dalam sidang akhbar Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 di Beijing pada Ahad.
Beliau mengatakan bahawa tahun lalu merupakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. Pemimpin Jepun secara terang-terangan mendakwa bahawa kontingensi Taiwan akan membawakan "situasi ancaman kewujudan" kepada Jepun dan pihaknya boleh melakukan apa yang disebut sebagai hak pertahanan diri kolektif.
Wang Yi berkata, urusan Taiwan merupakan urusan dalaman China, manakala pihak Jepun tidak layak untuk mencampuri urusan tersebut
Menurut beliau, tindakan Jepun membolehkan kita teringat akan zaman dahulu apabila militerisme Jepun melancarkan perang pencerobohan dengan menggunakan alasan "situasi ancaman kewujudan". Ini sudah tentu akan menimbulkan kewaspadaan dan kebimbangan tinggi dalam kalangan rakyat China dan pelbagai negara Asia.
Rakyat Jepun diharap membuka mata dan tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk mengulangi kesalahan pada zaman ini. China yang semakin kuat dengan 1.4 bilion rakyat juga tidak akan membenarkan sesiapa pun lagi bersuara untuk penjajahan atau menulis semula sejarah pencerobohan.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- China Suarakan Kebimbangan Terhadap Cadangan Jepun Longgarkan Sekatan Eksport Senjata
- Tokoh Jepun Suarakan Kebimbangan Terhadap Hala Tuju Dasar Pertahanan Sanae Takaichi
- Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Tempatkan Peluru Berpandu Jarak Jauh di Kumamoto
- Jepun Tidak Layak Menuntut Kerusi Tetap Majlis Keselamatan PBB
- China Menolak Tegas Cubaan Jepun untuk Campuri Soal Taiwan
- Singapaura Adakan Upacara Memperingati Mangsa Awam yang Terkorban Semasa Zaman Pendudukan Jepun
- Jepun Perlu Tunjuk Keikhlasan Berdialog: MFA
- Gabungan Parti Pemerintah Jepun Menang Besar dalam Pilihan Raya
- China Gesa Jepun Hentikan Semua Cubaan Berkaitan Taiwan
- PM Jepun Umum Bubar Dewan Perwakilan Jumaat Ini