Putin, Trump Bincang Situasi Iran Menerusi Panggilan Telefon

(CRI)Selasa 10 Mac 2026

Presiden Rusia Vladimir Putin dilaporkan mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin.

Penolong Presiden Rusia, Yuri Ushakov yang memaklumkan perkara itu berkata perbualan tersebut memberi tumpuan kepada isu antarabangsa utama termasuk situasi semasa di Iran dan di Ukraine.

Selain itu, Putin turut mengemukakan beberapa cadangan bagi menamatkan konflik di Iran menerusi saluran politik dan diplomatik.

Ia termasuk mengadakan komunikasi melibatkan pemimpin dari negara Teluk termasuk Presiden Iran, Masoud Pezeshkian serta negara-negara lain.

Video

Berita Berkaitan