China Dakwa AS Mereka-reka Cerita Lancarkan Siasatan "Mengimport Produk Kerja Paksa"

(CRI)Isnin 16 Mac 2026

Amerika Syarikat (AS) melancarkan siasatan di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 terhadap 60 entiti ekonomi termasuk China pada 12 Mac atas alasan "tidak melarang pengimportan produk hasil kerja paksa", sudah dalam perhatian China. Ini merupakan satu lagi siasatan di bawah Seksyen 301 selain yang difailkan pada 11 Mac atas alasan "kapasiti industri berlebihan".

China turut mengemukakan bantahan keras kepada AS sempena kedua-dua pihak sedang mengadakan perundingan ekonomi dan perdagangan pusingan baharu di Paris, Perancis pada masa sekarang.

"Kami mendesak Washington segera membetulkan kesalahan berkenaan, mengambil tindakan yang sehaluan dengan kami, mencari penyelesaian melalui dialog dan rundingan. China juga akan mengamati perkembangan terkini mengenai siasatan terbabit dan mengekalkan hak untuk mengambil semua langkah yang diperlukan untuk membela kepentingan milik sendiri," kata jurucakap Kementerian Perdagangan China pada Isnin.

Di sebalik gerak-geri AS yang mereka-reka cerita berturut-turut melancarkan sekatan perdagangan terhadap China atas alasan "tikak melarang pengimportan produk hasil kerja paksa" sebelum ini, Jurucakap itu menambah bahawa China pernah berulang kali menegaskan pendirian yang serius berhubung usaha yang konsisten dalam menentang kerja paksa, mencegah dan membanteras gejala yang terbabit, dan sebagai salah satu negara pengasas Organisasi Buruh Antarabangsa telah meratifikasi 28 konvensyen buruh antarabangsa, serta menubuhkan sistem perundangan perburuhan yang lengkap di dalam negeri.

Video

Berita Berkaitan