- Lain-lain
Perusahaan AS Dialu-alu Manfaatkan Peluang Pembangunan China
China mengalu-alukan perusahaan Amerika Syarikat (AS) memanfaatkan peluang daripada pembangunan negara Tembok Besar dan memperluas kerjasama saling untung antara satu sama lain.
Perkara itu dinyatakan Naib Perdana Menteri China He Lifeng semasa bertemu delegasi Majlis Perniagaan AS-China (USCBC) di Beijing pada Ahad.
He berkata hubungan China-AS merupakan hubungan dua hala yang paling penting di dunia.
USCBC diharap terus memainkan peranan sebagai jambatan bagi menggalakkan pertukaran muhibah serta perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan yang stabil dan sihat antara kedua-dua negara.
Beliau juga menyuarakan harapan supaya perusahaan AS dapat memanfaatkan sepenuhnya potensi pasaran China serta menyuntik lebih banyak kestabilan dan tenaga positif kepada hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS.
Dalam pertemuan itu, Pengerusi Lembaga USCBC Rajesh Subramaniam dan Presiden USCBC Sean Stein masing-masing menyatakan bahawa komuniti perniagaan AS optimis terhadap prospek pembangunan ekonomi China.
Mereka turut menzahirkan kesediaan untuk terus meneroka pasaran China dan bergiat aktif dalam memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.
- Menteri Perdagangan China Terima Kunjungan CEO Apple
- Kelulusan Pelaburan Asing di China Sebanyak RMB161.45 Bilion
- AmCham: China Tetap Magnet Pelaburan Asing
- Hampir 90% Syarikat Puas Hati terhadap Persekitaran Perniagaan China
- Li Qiang Hadir Majlis Penutup Tirai Sidang Jawatankuasa Usahawan China-Britain
- Pelaburan Langsung China di Luar Negara Naik 7.1 Peratus Tahun 2025
- China Kemas Kini Katalog Industri Galak Pelaburan Asing
- Kelulusan Pelaburan Asing di China bagi November Naik 26.1%
- Seperti 'Pelari Maraton' Terus Memacu Urus Niaga di China
- Xi Utus Tahniah Sempena Perasmian CIFIT ke-25




