- Lain-lain
Perkongsian Strategik Komprehensif China-Britain yang Stabil Selaras dengan Kebaikan Bersama

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Wang Yi menerima kunjungan Penasihat Keselamatan Negara Perdana Menteri Britain Jonathan Powell di Beijing pada Isnin.
Wang berkata, lawatan Perdana Menteri Britain Keir Starmer ke China pada Januari lalu diberi tumpuan kedua-dua negara bahkan masyarakatantarabangsa. Ini membuktikan bahawa China dan Britain yang mengembangkan perkongsian strategik komprehensif yang mantap untuk jangka masa panjang selaras dengan arus sezaman dan keinginan rakyat.
Beliau menyatakan, China dan Britain harus melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan pertukaran lawatan di pelbagai peringkat, memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang, di samping mengawal percanggahan pendapat dengan berkesan, agar mendorong hubungan kedua-dua negara berkembang dengan stabil.
Powell dalam pertemuan itu pula mengatakan, pihaknya bersedia bersama China untuk melaksanakan hasil lawatan Perdana Menteri Starmer, meningkatkan komunikasi dan kerjasama supaya mendorong perkongsian strategik komprehensif antara China dan Britain berkembang mantap untuk jangka masa panjang.
- Wang Yi Bertemu Setiausaha Luar Britain di Munich
- China, Britain Ikrar Perkukuh Pertukaran dan Dialog Pelbagai Bidang
- Lawatan PM Britain ke China Amat Berhasil
- Tinjauan CGTN: Kerjasama China-Britain Saling Menguntungkan
- Li Qiang Hadir Majlis Penutup Tirai Sidang Jawatankuasa Usahawan China-Britain
- China, Britain Komited Perkasakan Perkongsian Strategik Komprehensif
- China, Britain Komited Kekalkan Hubungan Dua Hala yang Stabil untuk Jangka Masa Panjang
- China, Britain Ikrar Perkasa Kerjasama Ekonomi
- China dan Britain Komited Tegakkan Sistem Perdagangan Multilateral
- HSBC Diharap Terus Rintis Pasaran China - Han Zheng




