- Lain-lain
Hampir 20,000 Syarikat Bertapak di Taman Industri Qinzhou China-Malaysia


Jumlah syarikat yang beroperasi di Taman Industri Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di wilayah Guangxi mencapai 19,797 setakat hujung Oktober tahun ini, antaranya termasuk 296 syarikat asing dan 19 syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500.
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Perdagangan dan Logistik CMQIP, Lin Gang memaklumkan bahawa sebagai projek ikonik kerjasama antarabangsa di bawah 'Dua Negara, Taman Berkembar', CMQIP telah membina rantaian perindustrian dan bekalan rentas sempadan membabitkan sarang burung walet, minyak sawit, bahan kimia baharu dan lain-lain.


Taman itu juga berjaya mewujudkan platform rantaian lengkap industri sarang burung walet yang pertama di China merangkumi pengimportan, pemprosesan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Kini, sebanyak 25 syarikat pengeluar sarang burung walet bertapak di taman perindustrian itu, termasuk empat syarikat dari Malaysia dan dua syarikat dari Singapura.
Untuk rekod, nilai output industri sarang burung walet dalam tiga suku pertama tahun ini direkod melebihi 478 juta yuan (RM279 juta).

Lin berkata pihaknya akan terus memperkasa kerjasama China-Malaysia berasaskan model 'Dua Negara, Taman Berkembar' dengan memanfaatkan Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu di bahagian barat China.
Menurut beliau, usaha juga akan dilakukan untuk menggalakkan penghantaran kontena terus antara Pelabuhan Qinzhou dan Pelabuhan Kuantan serta mempercepat pembinaan hab rantaian bekalan komoditi pukal yang menyasar ASEAN.
- Laluan Udara Kargo Baharu Hubungkan Jiangsu, Kuala Lumpur
- China, Malaysia Capai Sejumlah Konsensus Mengenai Kerjasama Maritim
- Wang Yi Bertemu Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Malaysia Nushirwan
- Dua Jenis Tren untuk ECRL Malaysia Siap Dipasang di Dalian, China
- Tentera China bagi Latihan Bersama 'Peace and Friendship 2025' Tiba di Malaysia
- Duta Besar Malaysia Harap Lebih Banyak Produk Tradisional Tembusi Pasaran China
- Malaysia Ulangi Komitmen Perkukuh Hubungan Dengan China
- TPM Malaysia Tamat Lawatan Rasmi ke China, Puji Penganjuran CAEXPO ke-22
- Timbalan Presiden China Bertemu TPM Malaysia di Nanning
- “Taste of Malaysia 2025” Tawar Produk Terbaik Malaysia ke Pasaran China




