China Kecam Plot Jepun Mahu Miliki Senjata Nuklear

(CRI)Jumaat 01 Mei 2026

Ambisi dan plot kuasa sayap kanan Jepun untuk memiliki senjata nuklear dilihat sebagai satu cabaran besar mahu melampaui garis merah masyarakat antarabangsa.

Demikian dinyatakan Xu Feng, wakil Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ketika mengulas pendirian pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai non-proliferasi di Semenanjung Korea pada Khamis.

Xu Feng sebagai Atase Bahagian Pelucutan Senjata dari Misi Tetap China ke PBB, menegaskan bahawa merujuk kepada sejumlah undang-undang antarabangsa seperti "Deklarasi Kaherah", "Pengumuman Potsdam" dan "Surat Penyerahan Jepun" yang tetap berkuatkuasa, Jepun mesti melucutkan senjata sepenuhnya dan tidak dibenarkan mengekalkan sebarang industri yang membolehkannya dilengkapi semula persenjataan.

Xu berkata, sebagai negara pemeterai "Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear", Jepun yang belum dilengkapi senjata nuklear sekarang ini, mesti mematuhi kewajipan antarabangsa yang menuntutnya tidak menerima, tidak menghasilkan, tidak memiliki, dan tidak melakukan percambahan senjata nuklear.

Kerajaan Jepun yang melontarkan kenyataan yang cenderung memiliki senjata nuklear yang sudah dalam perhatian masyarakat antarabangsa, mesti memberikan penjelasan secara rasmi pada peringkat tertinggi dan menghentikan tindakan membangkitkan militarisasi.

Hanya dengan menyaksikan Jepun berbuat sedemikian, masyarakat antarabangsa barulah benar-benar dapat bernafas lega.

Video

Berita Berkaitan