- Lain-lain
Serangan Terhadap Kedutaan China Merupakan Isyarat Bahaya
Seorang anggota Pasukan Pertahanan Diri Jepun membawa pisau menceroboh masuk ke Kedutaan Besar China di Tokyo dan mengancam membunuh diplomat atas “nama dewa” pagi semalam.
Peristiwa ini amat serius dalam hubungan antarabangsa kerana bukan sahaja boleh dianggap sebagai jenayah individu, tetapi juga boleh disifatkan sebagai pencerobohan bersenjata terhadap kedaulatan China.
Di samping itu, ia sekali lagi memperlihatkan trend kebangkitan fahaman pelampau di Jepun, khususnya dalam Pasukan Pertahanan Diri negara itu. Ini amat bahaya, sebab Perang Dunia II (WWII) tercetus berikutan kebangkitan fahaman ketenteraan dan fahaman mendewakan Maharaja Jepun. Fahaman itu menyebabkan askar Jepun melakukan pelbagai perbuatan gila dalam WWII seperti memandu pesawat melancarkan serangan bunuh diri atas nama dewa dan raja.
Peristiwa seumpama pernah berlaku dalam sejarah Jepun.
Pada tahun 1860-an, askar Jepun pernah melakukan serangan sebanyak dua kali terhadap bangunan perwakilan diplomatik Britian di Kuil Tōzen-ji, Tokyo. Serangan itu menyebabkan pengawal Britian terbunuh. Peristiwa itu menggambarkan kerajaan Jepun ketika itu tidak mampu menjaga keselamatan diplomat asing dan gagal mencegah fahaman pelampau.
Selepas itu, pentadbiran Shogunate selama lebih kurang 680 tahun digulingkan, membolehkan Maharaja Jepun memegang kuasa semula dan didewakan. Jepun mulai melakukan pencerobohan terhadap negara lain.
Pada tahun 1895, Li Hongzhang, menteri pentadbiran Dinasti Qing pergi ke Shimonoseki untuk memeterai perjanjian damai pasca perang. Beliau ditembak seorang pemuda sayap kanan yang mahu memaksa China menerima tuntutan lebih melampau.
Selepas itu, fahaman ketenteraan menjadi strategi negara Jepun. Kemudian negara itu berperang dengan Rusia, menjajah Semenanjung Korea, mengambil alih kuasa penjajahan Jerman di wilayah Shandong, China, sehingga melepaskan tembakan pertama yang mencetuskan WWII.
Sejarah mencerminkan orang Jepun cenderung mengambil tindakan melampau untuk memelihara “nasib negara”.
Kini, kerajaan dan Pasukan Pertahanan Diri Jepun ingin membebaskan diri daripada sekatan sebagai negara yang kalah dalam WWII. Justeru, Sanae Takaichi mengeluarkan kenyataan yang mencampuri soal Taiwan.
Tatkala seluruh dunia mengecam perang yang dicetuskan Donald Trump dan Benjamin Netanyahu, Jepun menyatakan kesediaan untuk menghantar kapal penyapu periuk api ke Selat Hormuz bagi membantu AS mengawal selat tersebut.
Dalam situasi ini, peristiwa anggota Pasukan Pertahanan Diri Jepun mencerobohi Kedutaan Besar China memperlihatkan isyarat yang amat bahaya.
- Masa Depan Hubungan China-Jepun Bergantung pada Pilihan Jepun - Menteri Luar Wang Yi
- China Suarakan Kebimbangan Terhadap Cadangan Jepun Longgarkan Sekatan Eksport Senjata
- Tokoh Jepun Suarakan Kebimbangan Terhadap Hala Tuju Dasar Pertahanan Sanae Takaichi
- Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Tempatkan Peluru Berpandu Jarak Jauh di Kumamoto
- Jepun Tidak Layak Menuntut Kerusi Tetap Majlis Keselamatan PBB
- China Menolak Tegas Cubaan Jepun untuk Campuri Soal Taiwan
- Singapaura Adakan Upacara Memperingati Mangsa Awam yang Terkorban Semasa Zaman Pendudukan Jepun
- Jepun Perlu Tunjuk Keikhlasan Berdialog: MFA
- Gabungan Parti Pemerintah Jepun Menang Besar dalam Pilihan Raya
- China Gesa Jepun Hentikan Semua Cubaan Berkaitan Taiwan




