Tinjauan CGTN: Lebih 80% Responden Global Salahkan Jepun Tegangkan Hubungan dengan China

(CRI)Ahad 12 April 2026

Buku Biru Diplomasi edisi 2026 kerajaan Jepun menurunkan gred dalam pentafsiran tentang hubungan dengan China daripada "salah satu hubungan dua hala yang paling penting" kepada "negara jiran yang penting". Tinjauan yang dijalankan oleh CGTN terhadap pengguna internet global mendapati bahawa 82 peratus responden menyatakan bahawa dakwaan dan gerak-geri Jepun baru-baru ini yang bertujuan merubah sistem yang wujud selepas Perang Dunia Kedua, memutar-belitkan naratif sejarah dan memperhebatkan konfrontasi geopolitik adalah punca utama ketegangan hubungan China-Jepun dan juga situasi serantau.

Dalam tinjauan tersebut, 86.4 peratus responden berpendapat bahawa Jepun sama sekali telah membelakangi prinsip "pertahanan eksklusif", sedangkan Butiran ke-9 "Perlembagaan Damai" pun sudah diabaikan secara 100%.

Terdapat 89.1 peratus responden yang menyeru kerajaan Jepun agar mematuhi empat dokumen politik China-Jepun dan komitmennya kepada masyarakat antarabangsa, serta bertindak memelihara asas politik dalam hubungan dengan China.

Seramai 86.7 peratus responden menunjukkan bahawa "militarisme baharu" telah meresap ke dalam aspek ketenteraan, diplomasi dan budaya Jepun. Landskap politik Jepun telah menunjukkan kecenderungan yang jelas ke "populis sayap kanan", yang berkemungkinan akan menyaksikan kuasa sayap kanan sekali lagi membawa Jepun ke arah "negara pencetus perang".

Sementara itu, 90.8 peratus responden menyeru kerajaan Jepun agar segera menarik balik kenyataan yang salahnya, di samping menghentikan tindakan provokasi dan mengambil tindakan yang tulen untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat antarabangsa.

Tinjauan ini diterbitkan di platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia. Seramai 7,387 orang pengguna internet global telah menyatakan pandangan mereka dalam masa 24 jam.

Video

Berita Berkaitan