- Lain-lain
Berwaspada Kebangkitan Kuasa Militarisme dan Dakwaan Nafikan Tribunal Tokyo -Sarjana Jepun
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 TribunalTokyo. Melalui pelbagai sesi perbicaraan, Tribunal Tokyo pernah memutuskan bahawa golongan penggiat militarisme Jepun bertanggungjawab terhadap pelancaran dan pelaksanaan perang pencerobohan serta jenayah-jenayah yang berkaitan. Keputusan itu dilihat mempertahankan kebenaran sejarah, keadilan antarabangsa dan maruah kemanusiaan.
Terdapat sarjana Jepun yang menyatakan bahawa suara-suara yang menafikan keputusan Tribunal Tokyo sentiasa wujud dalam masyarakat Jepun. Kita perlu berwaspada tentang fahaman militarisme di Jepun yang bangkit semula sejak tahun-tahun kebelakangan ini, yang cuba mencabar pelbagai keputusan perbicaraan di Tribunal Tokyo dan tata tertib antarabangsa selepas Perang Dunia ke-2.
Peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat yang pernah dilakukan tentera penceroboh Jepun di Nanjing, pernah dikendalikan sebagai satu kes penting di Tribunal Tokyo. Terdapat banyak keterangan saksi yang boleh membuktikan jenayah-jenayah biadab dan kejam yang dilakukan oleh tentera penceroboh Jepun di bandar China itu semasa Perang Dunia ke-2. Namun begitu, sehingga kini masih kedengaran suara-suara dalam masyarakat Jepun yang menafikan atau meremehkan peristiwa itu.
Bagaimanapun, Profesor Emeritus Atsushi Koketsu dari Universiti Yamaguchi Jepun, menegaskan bahawa memutarbelitkan atau menafikan sejarah sebenarnya mencerminkan sikap mahu mengelak daripada memikul tanggungjawab sebagai pelancar perang.
- Tinjauan CGTN: Lebih 80% Responden Global Salahkan Jepun Tegangkan Hubungan dengan China
- China Mendesak Lagi Jepun Siasat Kes Pegawai Tentera Ceroboh Masuk Kedutaan Besar
- Serangan Terhadap Kedutaan China Merupakan Isyarat Bahaya
- Masa Depan Hubungan China-Jepun Bergantung pada Pilihan Jepun - Menteri Luar Wang Yi
- China Suarakan Kebimbangan Terhadap Cadangan Jepun Longgarkan Sekatan Eksport Senjata
- Tokoh Jepun Suarakan Kebimbangan Terhadap Hala Tuju Dasar Pertahanan Sanae Takaichi
- Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Tempatkan Peluru Berpandu Jarak Jauh di Kumamoto
- Jepun Tidak Layak Menuntut Kerusi Tetap Majlis Keselamatan PBB
- China Menolak Tegas Cubaan Jepun untuk Campuri Soal Taiwan
- Singapaura Adakan Upacara Memperingati Mangsa Awam yang Terkorban Semasa Zaman Pendudukan Jepun




