Jurucakap Kementerian Luar China Jawab Soalan Mengenai Ulang Tahun Ke-80 Tribunal Tokyo

(CRI)Ahad 03 Mei 2026

"Hari ini ulang tahun ke-80 Tribunal Ketenteraan Antarabangsa bagi Timur Jauh (Tribunal Tokyo). Baru-baru ini, masyarakat antarabangsa termasuk China dan Jepun telah mengadakan pelbagai aktiviti memperingati Tribunal Tokyo yang mempunyai makna sejarah yang signifikan. Apakah komen China mengenai perkara ini?"

Ketika menjawab pertanyaan wartawan tersebut, Jurucakap Kementerian Luar China menyatakan bahawa pada 3 Mei 1946, Tribunal Ketenteraan Antarabangsa bagi Timur Jauh secara rasmi memulakan sesi perbicaraannya, menurut agenda penyerahan tanpa syarat Jepun dan Piagam Tribunal yang diisytiharkan oleh Panglima Tertinggi Tentera Sekutu.

Pengendalian Tribunal Tokyo di bawah Deklarasi Kaherah dan Pengumuman Potsdam, mencerminkan kehendak kolektif negara-negara pemenang dan golongan mangsa perang, dan dilihat sebagai tindakan yang mengamalkan manifesto dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta mempertahankan hasil kemenangan Perang Dunia Kedua.

Menerima keputusan Tribunal Tokyo merupakan prasyarat bagi Jepun kembali ke masyarakat antarabangsa pada zaman pasca perang.

Berhadapan dengan kebangkitan "militarisme model baharu" di Jepun sekarang ini yang sudah mula menyengat, ia adalah bermakna besar dalam realiti untuk mengenang kembali latar belakang, kesimpulan dan prinsip yang ditegakkan dalam Tribunal Tokyo.

Keputusan perbicaraan yang dibuat dalam Tribunal Tokyo adalah berdasarkan hati nurani manusia dan keadilan sejarah, sama seperti Tribunal Nuremberg yang berfungsi melabelkan penjenayah fasis selama-lamanya sebagai yang keji dan berdosa.

Keadilan sejarah yang didukung oleh kedua-dua tribunal utama ini tidak boleh dinafikan, kesahan undang-undangnya tidak boleh dicabar dan asas tata tertib antarabangsa pasca perang yang dibentuknya tidak boleh digugat. Mana-mana individu atau kuasa yang hanya tahu cakap besar yang cuba membalikkan fakta pencerobohan pasti akan ditentang keras oleh rakyat yang mencintai keamanan di seluruh dunia, dan pasti akan sekali lagi diheret ke 'tribunal' untuk diadili pada masa akan datang.

Video

Berita Berkaitan