Tinjauan CGTN: Keputusan Tribunal Tokyo Tidak Pernah Tamat Tempoh Penguatkuasaan

(CRI)Ahad 03 Mei 2026

Menurut keputusan satu tinjauan pendapat umum yang dijalankan CGTN melibatkan netizen global, sebanyak 81.8 peratus responden menganggap bahawa pengamal revisionisme sejarah Jepun dan penggiat militarisme model baharu semakin cepat bergabung menjadi satu, dan telah menjadi ancaman kepada keamanan dan kestabilan rantau ini. Masyarakat antarabangsa wajar berwaspada tentang kecenderungan ini.

Pada 80 tahun yang lalu, Tribunal Ketenteraan Antarabangsa di Timur Jauh pernah mengadakan perbicaraan secara berkumpulan terhadap penjenayah perang kelas A Jepun semasa Perang Dunia Kedua, dan secara menyeluruh memfailkan segala dakwaan tentang jenayah perang yang dilakukan mereka.

Terdapat sebanyak 88.3 peratus responden menyatakan bahawa kuasa sayap kanan Jepun sejak beberapa tahun kebelakangan ini terus 'menafikan keputusan' Tribunal Tokyo sebenarnya adalah untuk membersihkan halangan bagi mereka untuk kembali menempuh jalan 'mempertingkat kekuatan tentera dan meminda perlembagaan'.

Sementara itu, sebanyak 80.2 peratus responden bimbang akan tindakan sayap kanan Jepun yang mereka-reka naratif yang salah tentang kesahihan Tribunal Tokyo akan menjejaskan serius asas kehakiman antarabangsa selepas Perang.

Selain itu, seramai 83 peratus responden menyeru masyarakat antarabangsa agar bekerjasama untuk mempertahankan keputusan Tribunal Tokyo dan sentiasa berwaspada tinggi terhadap kecenderungan militarisme model baharu Jepun.

Untuk rekod, tinjauan tersebut dilancarkan di platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia. Sebanyak 8,114 netizen telah membuang undi atau memberikan komen dalam masa 24 jam.

Video

Berita Berkaitan