- Lain-lain
Tindakan Membalikkan Keputusan Perbicanaan Tokyo akan Diheret ke Muka Pengadilan

Tanggal 3 Mei 2026 merupakan ulang tahun ke-80 sesi perbicaraan pertama di Tribunal Tokyo.
Pada 3 Mei 1946, sesi perbicaraan kolektif dimulakan terhadap penjenayah perang kategori A Jepun yang bertanggungjawab atas pelancaran Perang Dunia Kedua, di auditorium Imperial Japanese Army Academy.
Menurut keputusan yang dimuktamadkan bahawa kesemua 25 defenden disabitkan kesalahan, dengan 7 orang termasuk Hideki Tojo dan Iwane Matsui dijatuhi hukuman gantung.
Situasi antarabangsa telah mengalami perubahan drastik dalam tempoh 80 tahun yang lalu. Masa sekarang ini mula menyaksikan terdapat dakwaan yang menafikan hasil kemenangan Perang Dunia Kedua, dan kuasa "militarisme model baharu" Jepun yang sudah bangkit merupakan ancaman yang realistik.
Justeru, masyarakat antarabangsa mengenang kembali keputusan perbicaraan adil yang dibuat Tribunal Tokyo, boleh dilihat sebagai amaran yang tegas kepada kuasa sayap kanan Jepun supaya jangan menafikan fakta sejarah yang menandakan keadilan dan jangan mencabar dokumen undang-undang yang tetap berkuatkuasa.

Pada masa sekarang, pentadbiran Sanae Takaichi mempercepat langkah dalam memperkasa kuasa "militarisme model baharu", mencabar aturan antarabangsa pasca Perang, meningkatkan bajet pertahanan secara besar-besaran, memberi jalan kepada pengeksportan senjata pemusnah, mempergiat penempatan senjata ofensif, menggembar-gemburkan hak dan rancangan untuk memiliki senjata nuklear, mendorong pemindaan "tiga prinsip pertahanan keselamatan", dan menguar-uarkan "persiapan untuk perang bagi jangka masa panjang".
Kecenderungan Jepun yang berbahaya yang bertujuan memangkin agenda pemerkasaan tentera ini, sudah diberi kecaman dari masyarakat antarabangsa yang berwaspada tinggi.
Sempena sambutan ulang tahun ke-80 Perbicaraan Tokyo, masyarakat antarabangsa patut teguh mempertahankan hasil kemenangan Perang Dunia Kedua, dan membidas sebarang dakwaan yang berkaitan dengan gerak-geri kuasa "militarisme model baharu" Jepun. Mereka yang bermotif memberi naratif salah tentang sejarah pencerobohan Jepun, pasti akan diheret ke muka pengadilan.
- Tinjauan CGTN: Lebih 80% Responden Global Salahkan Jepun Tegangkan Hubungan dengan China
- China Mendesak Lagi Jepun Siasat Kes Pegawai Tentera Ceroboh Masuk Kedutaan Besar
- Serangan Terhadap Kedutaan China Merupakan Isyarat Bahaya
- Masa Depan Hubungan China-Jepun Bergantung pada Pilihan Jepun - Menteri Luar Wang Yi
- China Suarakan Kebimbangan Terhadap Cadangan Jepun Longgarkan Sekatan Eksport Senjata
- Tokoh Jepun Suarakan Kebimbangan Terhadap Hala Tuju Dasar Pertahanan Sanae Takaichi
- Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Tempatkan Peluru Berpandu Jarak Jauh di Kumamoto
- Jepun Tidak Layak Menuntut Kerusi Tetap Majlis Keselamatan PBB
- China Menolak Tegas Cubaan Jepun untuk Campuri Soal Taiwan
- Singapaura Adakan Upacara Memperingati Mangsa Awam yang Terkorban Semasa Zaman Pendudukan Jepun




