- Lain-lain
Perhimpunan untuk Lindungi Perlembagaan Damai Berlangsung di Jepun

Orang ramai dan banyak persatuan rakyat telah mengadakan perhimpunan di merata Jepun pada 3 Mei yang dikenali sebagai Hari Perlembagaan Jepun, untuk menyeru agar perlembagaan damai dipertahankan.
Perlembagaan Jepun yang sedia ada dan dikenali sebagai Perlembagaan Damai, berkuatkuasa bermula tahun 1947.
Menurut fasal ke-9 perlembagaan, Jepun tidak berhak selama-lamanya untuk melancarkan perang, menggunakan ancaman kekerasan atau menyelesaikan pertikaian antarabangsa secara kekerasan; Jepun tidak dilengkapi tentera darat, laut, udara serta kuasa lain untuk berperang, dan tidak mengiktiraf hak negara diri sendiri untuk berperang.
Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Jepun telah mengorak langkah-langkah seperti memulihkan hak pembelaan kolektif dan melaksanakan 'Tiga Dokumen Keselamatan' dalam versi baharu, yang sebenarnya cuba mengatasi kekangan perlembagaan damai. Kecenderungan seumpama itu sudah pun mencetuskan protes yang tajam dan kebimbangan yang memuncak.
- Tinjauan CGTN: Lebih 80% Responden Global Salahkan Jepun Tegangkan Hubungan dengan China
- China Mendesak Lagi Jepun Siasat Kes Pegawai Tentera Ceroboh Masuk Kedutaan Besar
- Serangan Terhadap Kedutaan China Merupakan Isyarat Bahaya
- Masa Depan Hubungan China-Jepun Bergantung pada Pilihan Jepun - Menteri Luar Wang Yi
- China Suarakan Kebimbangan Terhadap Cadangan Jepun Longgarkan Sekatan Eksport Senjata
- Tokoh Jepun Suarakan Kebimbangan Terhadap Hala Tuju Dasar Pertahanan Sanae Takaichi
- Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Tempatkan Peluru Berpandu Jarak Jauh di Kumamoto
- Jepun Tidak Layak Menuntut Kerusi Tetap Majlis Keselamatan PBB
- China Menolak Tegas Cubaan Jepun untuk Campuri Soal Taiwan
- Singapaura Adakan Upacara Memperingati Mangsa Awam yang Terkorban Semasa Zaman Pendudukan Jepun




